Kes buli di MCKK: Polis masih tunggu arahan AGC

Kes buli di MCKK: Polis masih tunggu arahan AGC

Kes buli di MCKK: Polis masih tunggu arahan AGC
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. – NSTP/FAIL

IPOH: Polis masih menunggu arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) berkait status suspek dalam kes buli pelajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) kira-kira dua bulan lalu, sama ada diteruskan dengan proses pendakwaan atau tidak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, ketika dihubungi hari ini, memaklumkan kertas siasatan kes buli itu sudah dirujuk semula kepada AGC selepas laporan penuh perubatan mangsa diperoleh daripada Hospital Kuala Kangsar.

“Masih lagi (kertas siasatan) di AGC. Tunggu arahan daripada mereka,” katanya ringkas.

Pada 24 November lalu, Mohd Yusri dipetik berkata, kertas siasatan yang sudah lengkap bersama laporan perubatan mangsa akan dihantar kepada AGC pada 27 November untuk arahan seterusnya.

Katanya lagi, polis juga tidak menerima makluman daripada mana-mana pihak, sama ada sekolah atau ibu bapa pelajar terbabit untuk menyelesaikan kes itu di luar bidang perundangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu


Khamis lalu, media melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, menjelaskan pihak kementerian akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar yang terbabit dalam kes buli di MCKK itu minggu depan.

Dalam kejadian pada 24 September lalu, seorang pelajar Tingkatan 4 sekolah berasrama penuh itu cedera dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar selepas mendakwa diserang empat pelajar senior.

Insiden berkenaan didedahkan ibu mangsa menerusi perkongsian di platform media sosial, namun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK meluahkan kekesalan terhadap tindakan menularkan kejadian berkenaan kerana didakwa memberi impak besar dan imej buruk kepada sekolah terbabit.

Kes buli di MCKK: Polis masih tunggu arahan AGC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker