Resepi Bun Coklat Lembut

Resepi Bun Coklat Lembut
Resepi Bun Coklat Lembut

Resepi Bun Coklat Lembut yang menjadi kegemaran anak-anak Che Nom. Memang lembut dan sedap jika dihidangkan sebagai hidangan minum petang. Che Nom pakai breadmaker untuk sediakan roti ini. Jika anda pun gunakan breadmaker, sila ikut arahan breadmaker jenama yang anda guna. Cubalah,.memang sedap!

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk doh:
    • 300g tepung high protein atau tepung roti
    • 30g serbuk koko
    • 5g yis segera
    • 65g gula kastor
    • 5g garam halust
    • 50ml susu full cream
    • 150ml air
    • 40g mentega
  • Bahan untuk inti:
    • ketulan coklat
  • Bahan untuk sapu (egg wash) dan hiasan:
    • 1 biji telur
    • 1 sudu besar air
    • secubit garam
    • coklat rice secukupnya

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Masukan bahan-bahan untuk doh di dalam breadmaker mengikut arahan breadmaker anda.
  3. Press mode uli dan tunggu hingga doh sedia untuk dibentukkan.
  4. Angkat doh tumbuk keluar ketulan angin.
  5. buat bebola kecil dan timbang seberat seberat 40g setiap satu.
  6. Masukkan inti ketulan coklan di tengah dan bulatkan. Susuh di atas dulang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Susun dengan menjarakkan doh sedikit supaya ada ruang untuk don mengembang, anggaran 20-30 minit.
  7. Sapukan telur/egg wash dan tabur coklat rice di atas.
  8. Panaskan oven kepada suhu 160 celcius. Bakar roti selama 20-30 minit bergantung kepada oven anda.

Biskut Coklat Rice Comel



 

Resepi Bun Coklat Lembut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button