Tiga mangsa bumbung asrama runtuh stabil, wisma ditutup sementara



Tiga mangsa bumbung asrama runtuh stabil, wisma ditutup sementara

Tiga mangsa bumbung asrama runtuh stabil, wisma ditutup sementara
Sebahagian penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang yang berjaya diselamatkan dipindah sementara ke Wisma Yatim Laki-Laki Islam Pulau Pinang, Air Itam malam tadi. – Foto NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGETOWN: Seramai 27 penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland, di sini, yang terselamat dalam kejadian bumbung runtuh sudah dipindahkan sementara ke Wisma Yatim Laki-Laki Islam Pulau Pinang, Air Itam.

Tiga mangsa yang cedera, Nur Jannah Motaleb, 8, Nur Batrisya Balqis Mohd Raffei, 10, dan Siti Syahirah Zulkipli, 13, kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata



semua penghuni yang terselamat dibawa ke Air Itam dengan menaiki kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang.

“Mangsa berusia lapan tahun cedera, manakala mangsa berusia 10 tahun mengalami sakit leher dan seorang lagi berusia 13 tahun mengadu sakit pada bahagian belakang.

Soffian berkata, siasatan awal mendapati runtuhan itu membabitkan struktur bumbung di bahagian tempat tidur asrama itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pada waktu kejadian hanya ada tiga mangsa sedang berehat, manakala yang lain sedang mengikuti kelas tuisyen dan mengambil makanan.



“Ketika pihak bomba dan polis tiba semua mangsa sudah diselamatkan oleh warden dan penghuni lain sebelum tiga yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans,” katanya,

Terdahulu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Jamil Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.42 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Ketika di lokasi didapati kejadian membabitkan runtuhan bumbung bangunan asrama berkenaan. Terdapat seramai 30 mangsa dan berjaya diselamatkan oleh kakitangan asrama, manakala mangsa yang cedera sudah diberi rawatan awal,” katanya.



Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

Tiga mangsa bumbung asrama runtuh stabil, wisma ditutup sementara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker