Liverpool, Chelsea tumpul

LIVERPOOL: Musim hambar Liverpool dan Chelsea dirumuskan menerusi keputusan seri 0-0 di Anfield sebentar tadi, sekali gus menyaksikan mereka terlepas peluang untuk merapatkan kedudukan dengan empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keputusan itu menyaksikan mereka kini ketinggalan sembilan mata daripada slot Liga Juara-Juara dan prestasi semasa mungkin menyukarkan lagi misi kedua-dua pasukan untuk beraksi di pentas elit Eropah itu musim depan.

Chelsea mendahului permainan namun jaringan Kai Havertz dibatalkan sebelum pemain baharu, Mykhailo Mudryk muncul pemain ‘The Blues’ paling menyerlah selepas dimasukkan dari bangku simpanan.



Chelsea kekal di tangga ke-10 selepas gagal memenangi sebarang perlawanan di tempat lawan sejak Oktober.

‘The Reds’ pula melonjak ke tangga kelapan apabila mengatasi Brentford menerusi perbezaan jaringan.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button