Afif tak berani sebut nama Anwar

DR. Afif Bahardin selaku calon Perikatan Nasional (PN) semakin jelas tidak sebulu dengan presiden bekas partinya sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Meskipun Dr. Afif Bahardin yang menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Shah Alam tidak menyebut nama sesiapa, namun orang ramai boleh meneka siapakah yang dimaksudkannya.

Semalam ketika ditemuramah dalam satu segmen Perikatan Nasional (PN) Comms Podcast, Afif menjelaskan yang dirinya tidak pernah lari dari Seberang Jaya ke Shah Alam untuk bertanding dalam pilihan raya.

Kemudian dia memberi contoh seorang individu berpengaruh yang berasal dari Permatang Pauh lebih layak dikatakan lari daripada bertanding di kampung halaman sendiri tanpa menyebut sebarang nama.

“Lari sebenarnya seperti contoh orang tu dari Permatang Pauh, lari pergi ke Port Dickson, kemudian lari ke Tambun.

“Itulah sebenarnya lari,” tegasnya pada awal program berkenaan.

Kenyataan berkenaan membuatkan moderator program berkenaan ketawa kerana dipercayai boleh mengagak siapakah tuan empunya badan yang dimaksudkan Afif.

Jika kita amati, kenyataan berkenaan merujuk kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding merebut kerusi Parlimen Tambun dalam pilihan raya kali ini.

Lebih tepat, Anwar juga sebelum ini pernah bertanding di Permatang Pauh diikuti Port Dickson dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun 2018.

Sememangnya umum sudah mengetahui Afif dan Anwar sudah tidak sebulu dipercayai selepas Afif tergolong dalam 348 orang ahli PKR dipecat gara-gara berlakunya pertelingkahan dalam kalangan pemimpin PKR dua tahun lalu.

Kejadian berkenaan telah menyebabkan peristiwa Langkah Sheraton dan akhirnya Pakatan Harapan (PH) mula berpecah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker