Aura Anak Muda Taruhan Abdul Hakim

Oleh Kamarulzaman Bin Pid

 

MASJID TANAH: Aura anak muda menjadi taruhan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid, pada Pilihanraya Umum (PRU 15) Parlimen Masjid Tanah kali ini.

Bagi beliau hanya anak muda yang mengetahui kehendak golongan muda dan kehendak itu perlu diterjemahkan menjadi realiti.

Pada usia 37 tahun, Abdul Hakim sudah mempunyai agenda tersendiri dalam memikat hati pengundi muda di kawasan berkenaan .



 

Paling diberi perhatian adalah memperbanyakkan peluang pekerjaan di kawasan ini.

Ini adalah keperluan utama untuk anak-anak muda kerana dengan peluang pekerjaan, kehidupan mereka akan terjamin pada masa depan.

Selain itu katanya, aktiviti yang dekat dengan golongan muda seperti bersukan dan riadah juga menjadi tumpuan beliau mendekati golongan itu.

“Ini semua sudah ada dalam kerangka perancangan saya demi memastikan masa depan anak-anak muda yang lebih baik,” katanya.



Parlimen Masjid Tanah menyaksikan pertandingan empat penjuru.
Selain Abdul Hakim, Perikatan Nasional (PN) diwakili Mas Ermieyati Samsudin, calon parti Muda, Mutalib Othman dan calon Pejuang, Handrawirawan Abu Bakar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker