Benarkah Anwar ada rumah ‘ala Beverly Hills’ di Sg Long?

Kawalan ketat sebuah rumah jadi tandatanya



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Benarkah Anwar ada rumah 'ala Beverly Hills' di Sg Long?
Foto Hiasan

Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan jumlah aset bernilai RM11,178,667 yang dimiliki beliau dalam laman web khas Calon KEADILAN 

Bagaimanapun, ada desas-desus menyatakan beliau juga memiliki sebuah rumah ‘ala Beverly Hills’ di Sg Long. Carian di laman web khas tidak menjumpai pengisytiharan berkaitan aset tersebut.

Ini agak menimbulkan kemusykilan apabila sebuah kediaman di Sg Long dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dan kawalan kediaman tersebut agak ketat.



Benarkah Anwar ada rumah 'ala Beverly Hills' di Sg Long?
Aset Hartanah Anwar Ibrahim

Adakah benar perkara tersebut? Anwar perlu menjawap persoalan ini untuk menepis desas-desus yang sedang hangat diperkatakan berkaitan kekayaan beliau dan keluarga.

Mengelirukan sekali apabila isteri Anwar, Wan Azizah tidak mengisytiharkan pemilikan hartanah bersama dalam dokumen pengisytiharan aset beliau.

Azizah mengisytiharkan hanya memiliki sejumlah RM1,360,698.31 sebagai aset bersih miliknya.

Anwar juga tidak memasukkan nama Wan Azizah sebagai pemilik bersama dalam aset hartanah yang dimiliki mereka. 



Benarkah Anwar ada rumah 'ala Beverly Hills' di Sg Long?
Aset Hartanah Wan Azizah

Jika Anwar benar-benar mengakui beliau ‘bersih’ dari sebarang unsur rasuah serta kleptokrasi dan sebagainya, beliau juga wajar menjelaskan adakah rumah di Sg Long miliknya atau bukan.

Inilah masanya Anwar boleh membuktikan teori audit forensik yang seringkali disebut beliau digunapakai dalam isu yang membabitkan dirinya sendiri.

 

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker