Perangai Pelik Ahli UMNO

Perangai Pelik Ahli UMNO

Mungkin apa yang akan penulis tulis kali ini akan membuatkan ahli UMNO marah.

Secara jujur, penulis bukan ahli UMNO, tetapi penulis sayangkan parti keramat orang Melayu ini.

Penulis dibesarkan dalam keluarga orang UMNO, Allahyarham bapa penulis, ibu penulis adalah orang kuat parti UMNO di peringkat cawangan.

Tetapi penulis lebih selesa berpendirian non partisan kerana bagi penulis penglihatan kita lebih jelas dan adil apabila kita berada di luar.



Kenapa UMNO dikatakan parti keramat orang Melayu?

Kerana UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara, UMNO juga mengembalikan kedaulatan dan maruah Raja Raja Melayu yang dirampas British melalui Malayan Union.

Selama lebih 6 dekad UMNO menaburkan jasa memaju dan memakmurkan negara, memberi pelbagai peluang dan keistimewaan kepada bangsa Melayu.

Tetapi akhirnya pada tahun 2018, orang Melayu sendiri yang menjatuhkan UMNO.



Kenapa orang Melayu menjatuhkan UMNO yang telah banyak berjasa kepada mereka?

Pertama, kerana kebanyakan pemimpin UMNO ketika itu sudah mabuk dengan kuasa dan kekayaan lantas bersikap sombong terhadap bangsanya sendiri.

Mereka merasakan tidak mungkin UMNO boleh ditumbangkan, lantas bersikap beraja di mata dan bersultan di hati.

Nasib orang Melayu diabaikan, sibuk membina empayer kuasa dengan mengkayakan kroni, hak rakyat dirampas tanpa belas kasihan.

Tidak semua bersikap begitu, tetapi ibarat kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Pemimpin UMNO mula berpuak-puak dan akhirnya racun assabiah di dalam UMNO ini meresap hingga ke akar umbi.

Tunggak kekuatan UMNO bukanlah dipuncak, tetapi berada di akar umbi.

Akar Umbi UMNO Sendiri Yang Melemahkan Parti

 

Perangai Pelik Ahli UMNO

Apabila perpecahan mula berlaku di akar umbi, maka di sinilah bermula punca kedua kenapa UMNO semakin lemah.

Akar umbi yang menyokong pemimpin yang sudah mabuk dengan kuasa dan kekayaan mula membantu menyebarkan serangan dan fitnah yang dicetuskan oleh musuh.

Institusi presiden, malah rumah UMNO sendiri diserang oleh akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan UMNO.

Setiap dakyah, serangan dan fitnah ke atas pemimpin UMNO dan parti UMNO mereka anggap sebagai fakta dan wajib disebarkan.

Manakala penjelasan dan penerangan yang diberi oleh kepimpinan, mereka anggap sebagai pembohongan.

Akar umbi UMNO sibuk memburukkan pemimpin sendiri, sedangkan mereka lupa, yang memulakannya adalah pemimpin lawan yang jauh lebih buruk.

Apakah pemimpin PPBM dan PAS tidak ada yang terpalit dalam isu moral, rasuah dan salah guna kuasa?

Akar umbi UMNO sendiri yang sibuk membawa naratif buruk terhadap UMNO.

Kononnya berpegang kepada pepatah, katakanlah sesuatu yang benar, walau pun ianya pahit.

Tetapi, sudahkah diperiksa dengan teliti kebenaran berita yang disebarkan?

Atau ianya disebarkan secara membuta tuli?

Golongan atas pagar melihat senario ini dengan perasaan yang cukup memualkan dan akhirnya menimbulkan rasa bosan.

Pengundi atas pagar berpendapat, kalau dalam rumah UMNO sendiri bercakaran, bolehkah terus diberikan mandat untuk mentadbir negara?

Akar umbi UMNO lupa, undi mereka cuma mewakili 3.2 juta dari 21 juta undi di Malaysia atau hanya 15.2% undi keseluruhan.

Tidak ada parti yang akan menang dalam pilihanraya dengan hanya memperolehi 15.2% undi.

Kemudian, apabila UMNO lemah dan tewas dalam pilihanraya, kepimpinan pula yang dipersalahkan.

Bagi penulis, kalau pun turun malaikat dari langit untuk menjadi pemimpin utama UMNO, tapi sikap akar umbi tidak berubah, UMNO tetap akan semakin lemah.

Kalau benar-benar sayangkan parti, berubahlah wahai akar umbi UMNO.

Ingat, lagu dan cogankata UMNO bermula dari perkataan BERSATU.

 

Perangai Pelik Ahli UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker