Mas Emiryati Bakal Menjadi Menteri Penuh Sekiranya Menang Parlimen Masjid Tanah



Mas Emiryati Bakal Menjadi Menteri Penuh Sekiranya Menang Parlimen Masjid Tanah

Mas Emiryati Bakal Menjadi Menteri Penuh Sekiranya Menang Parlimen Masjid Tanah

Dalam PRN Melaka 2021 yang lepas, Mas Emiryati kalah tipis kepada calon Barisan Nasional, DS Ab Rauf untuk DUN Tg Bidara.

Dalam pertandingan 3 penjuru, Ab Rauf yang mendapat 3,559 undi menewaskan Mas Emiryati (PN) yang mendapat 3,195 undi dan Zainal Hassan (PH) yang mendapat 489 undi.

Mas Emiryati tewas dengan kelebihan majoriti 364 undi yang dimiliki oleh Ab Rauf, manakala calon PH telah kehilangan duit deposit.



Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/mlk15/#!/dun/4/N.02

Dari fakta di atas, jelas akan berlaku pertembungan sengit antara calon BN dan calon PN dalam PRU 15 untuk parlimen Masjid Tanah.

Walau pun akan berlaku pertembungan 4 penjuru di parlimen Masjid Tanah, namun pertembungan sebenar dijangkan berlaku antara calon BN dan PN.



Namun dari pemerhatian penulis, Mas Emiryati yang bertanding atas tiket PN, mempunyai kelebihan berbanding calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Antara faktor yang menyebelahi Mas Emiryati adalah:

– Beliau merupakan penyandang kerusi parlimen Masjid Tanah

– Mas Emiryati merupakan calon ‘heavyweight’ yang sudah dikenali di peringkat pusat berbanding Abdul Hakim yang merupakan pendatang baharu



– Kejayaan Mas Emiryati membawa RUU Anti Intip/Hendap hingga diluluskan, pasti akan mendapat sokongan dari pengundi wanita.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/885183/penjara-maksimum-3-tahun-bagi-kesalahan-menghendap

Mas Emiryati Calon Harapan Perikatan Nasional

Mas Emiryati Bakal Menjadi Menteri Penuh Sekiranya Menang Parlimen Masjid Tanah

Maka tidak hairan apabila Mas Emiryati menjadi satu-satunya calon harapan PN untuk menang dalam PRU 15.



Malah Mas Emiryati merupakan calon pertama yang diumumkan oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/895323/pru-15-mas-ermieyati-calon-pn-parlimen-masjid-tanah

Seorang lagi calon ‘heavyweight’ dari PN, adalah mantan Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof.

Mohd Redzuan akan mempertahankan kerusi parlimen Alor Gajah yang dimenanginya dalam PRU 14.

Namun begitu, Mohd Redzuan dijangka sukar untuk mempertahankan kerusi parlimen Alor Gajah memandangkan peningkatan populariti calon BN, Shahril Hamdan.

Tetapi di sebalik beberapa kelebihan yang dimiliki Mas Emiryati, beliau juga mempunyai beberapa isu dengan pengundi tempatan yang mesti ditangani segera.

Sekiranya Mas Emiryati berjaya merampas kerusi parlimen Masjid Tanah dari BN, beliau dijangka akan dinaikkan sebagai menteri penuh sekiranya PN memenangi PRU 15.

Tetapi sekiranya Mas Emiryati tewas, maka parlimen Masjid Tanah akan menyaksikan karier politik Mas Emeryati berkubur.

 

Mas Emiryati Bakal Menjadi Menteri Penuh Sekiranya Menang Parlimen Masjid Tanah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker