Mas Emiryati: Pejuang Atau Pengkhianat

Mas Emiryati: Pejuang Atau Pengkhianat

Tidak siapa dapat menafikan, malah Mas Emiryati sendiri, parti politik yang telah mengasuh dan mendidik beliau adalah UMNO.

Pendakian karier politik Mas Emiryati bermula pada tahun 2002 apabila beliau telah dipilih sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO.

Beliau berjaya mengekalkan jawatan tersebut hingga tahun 2013 dan melepaskan jawatan itu selepas dipilih pula sebagai Ketua Pergerakan Puteri Malaysia pada tahun 2013.

Jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO dapat beliau kekalkan sehingga tahun 2018.

Bersama UMNO, Mas Emiryati diberi peluang oleh DS Najib yang ketika itu menjadi perdana menteri untuk menyertai kabinet beliau sebagai timbalan menteri

DS Najib menyerahkan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan kepada Mas Emiryati dari tahun 2015 hingga 2018.

Dalam tempoh 16 tahun bersama UMNO sebagai pemimpin di peringkat negeri dan pusat, bukan sedikit ilmu dan pengalaman yang telah UMNO berikan kepada beliau.

Antara pemimpin yang banyak memberi peluang dan asuhan kepada Mas Emiryati ialah ADUN Tg Bidara sekarang, DS Ab Rauf.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, tanpa pengalaman, asuhan dan didikan pemimpin UMNO, Mas Emiryati tidak akan berada di mana beliau berada sekarang.

Juga beliau tidak akan dikenali umum sebagaimana beliau dikenali sekarang.

Mas Emiryati: Pejuang Atau Pengkhianat

Adat orang berjuang, mestilah taat kepada pasukan perjuangan, biar senang bersama-sama senang dan susah bersama-sama susah.

Dan adat seorang pejuang sejati, tidak gentar dengan cabaran dan ugutan yang mendatang, apa lagi mengkhianati perjuangan yang selama ini dipertahankan.

Namun, ibarat disangka panas sampai ke petang, tetapi rupa-rupanya hujan di tengahari.

Hanya kerana tawaran dan ugutan, Mas Emiryati sanggup meninggalkan pasukan dan pemimpin yang selama ini terlalu banyak berjasa kepada beliau.

Malah, lebih dari itu, beliau sanggup mengkhianati dan menentang parti dan pemimpin yang beliau sendiri akui akan susah dan senang bersama.

Dalam PRN Melaka, beliau sanggup untuk menentang Ab Rauf yang selama ini banyak memberikan peluang dan ruang kepada beliau.

Namun adat karma dunia, pengkhianatan pasti akan mendapat balasan yang setimpal.

Dalam Mas Emiryati akhirnya tewas di tangan Ab Rauf dalam perebutan kerusi DUN Tg Bidara dalam PRN Melaka.

Sebenarnya banyak lagi maklumat yang telah penulis terima mengenai pengkhianatan Mas Emiryati kepada parti UMNO.

Segala-galanya akan dibongkarkan dalam tulisan yang akan datang supaya pengundi parlimen Masjid Tanah tahu, siapa sebenarnya Mas Emiryati.

Adakah Mas Emiryati layak diiktiraf sebagai pejuang atau beliau lebih layak dilabelkan sebagai pengkhianat, penulis serahkan pembaca untuk menilaikannya.

 

Mas Emiryati: Pejuang Atau Pengkhianat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker