Ada lagi akan ditahan, beberapa akaun akan dibekukan

Ada lagi akan ditahan, beberapa akaun akan dibekukan

Ada lagi akan ditahan, beberapa akaun akan dibekukan
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,280 kenderaan dikesan meminda dan mengubah butiran spesifikasi enjin kenderaan perdagangan daripada diesel biasa kepada kenderaan diesel hijau di dalam sistem tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Ia susulan penahanan 10 individu berusia 33 hingga 66 tahun termasuk lima anggota penguat kuasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Kesemua mereka ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM1.28 juta dari 2019 hingga 2022 menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.



Menurut sumber, beberapa pemilik kenderaan juga sudah diambil keterangan dan proses sitaan masih berjalan.

“Jumlah sebenar (rampasan) belum dapat dibutirkan lagi sehingga siasatan selesai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?




“Beberapa akaun akan dibekukan dan akan diperincikan lagi kerana siasatan masih berjalan,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber berkata, pihaknya juga akan melakukan penahanan baharu termasuk pegawai penguat kuasa dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seramai 10 individu termasuk lima anggota penguat kuasa ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM1.28 juta dari 2019 hingga 2022.

Mereka didakwa menerima antara RM500 sehingga RM1,000 daripada pemilik kenderaan dan orang tengah sebagai balasan untuk meminda dan mengubah butiran spesifikasi enjin kenderaan perdagangan tanpa melalui prosedur ditetapkan.



Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Ada lagi akan ditahan, beberapa akaun akan dibekukan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button