Aweera terkejut, Vida mengagumi bakat nyanyiannya

 

Penyanyi Aweera terkejut apabila mengetahui usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida merupakan antara peminat yang mengagumi bakat nyanyiannya.

Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham tidak menyangka pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) membuka mata ramai untuk menghargai bakat nyanyiannya, termasuklah taikun kosmetik itu.

“Allahuakbar! Terima kasih minat nyanyian saya. Saya tak sangka ramai beri sokongan termasuk beliau (Vida),”

Hari ini, ruangan pojok Kosmo! melaporkan Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman,50, mengakui sangat teringin untuk bekerjasama dengan Aweera kerana terlalu meminati finalis GV8 itu.

“Saya mencari pasangan lelaki untuk video muzik lagu baharu, kalau boleh tak mahu berstatus suami atau kekasih orang,” katanya menerusi satu siaran langsung Instagram (IGLive) baru-baru ini.

Kata Aweera, tidak menjadi masalah baginya menceburi bidang lakonan atau berlakon dalam video muzik namun menyedari bukan seorang pelakon yang baik.

“Menyanyi tiada masalah tapi berlakon bukan forte (kepakaran) saya. Sebenarnya, saya pun tak tahu DSV minat nyanyian saya di pentas GV8.

“Kalau ada kolaborasi yang boleh dijayakan, mengapa tidak, asalkan memberi kebaikan dan faedah kepada semua orang. Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, nama Aweera meniti di bibir peminat apabila minggu demi minggu menunjukkan prestasi luar biasa di pentas GV8 sehingga menduduki tangga nombor satu ketika konsert separuh akhir, minggu lalu.

Dalam kalangan netizen, ada yang menyamakan wajah bekas vokalis Mojo itu dengan karakter Legolas dalam filem epik, Lord of the Rings lakonan Orlando Bloom.

– K! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker