Masjid Tanah tiada pembangunan bawah Mas Ermieyatie

Oleh – Amran Klebang


Masjid Tanah tiada pembangunan bawah Mas Ermieyatie

P134 Masjid Tanah masih berada di bawah pembangunan dalam ertikata sebenar selepas diambil alih Mas Ermiyatie sebagai Ahli Parlimen.



Mula bertanding sebagai wakil Barisan Nasional pada 2013, Mas Ermieyatie telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Walaupun kedudukan beliau selaku Timbalan Menteri, sektor pelancongan di Masjid Tanah tidak seindah jawatan yang disandang Mas. Tiada usaha untuk mempromosi Masjid Tanah sebagai salah satu destinasi pelancongan bertaraf tinggi dilakukan beliau.

Dimanakah Koridor Pelancongan yang dijanjikan Mas Ermieyatie untuk Masjid Tanah?

Masjid Tanah tiada pembangunan bawah Mas Ermieyatie



Ini mungkin kerana beliau berpendapat, tiada keperluan berbuat demikian kerana gaya hidup masyarakat di Masjid Tanah tidak sesuai untuk pelancongan domestik dan antarabangasa.

Berbeza dengan penyandang kerusi tersebut sebelum Mas Ermieyatie, Tan Sri Datuk Abu Seman Yusop yang berjaya membawa pelbagai sektor pembangunan ekonomi dan insan ke Masjid Tanah.

Perbezaan antara 2 generasi Ahli Parlimen Masjid Tanah ini bagai ‘langit dan bumi’ jika dibandingkan.

Pembangunan pembelajaran telah berjaya di bawa oleh Abu Seman ke Masjid Tanah menerusi MARA dan pelbagai lagi projek infrastruktur telah berjaya dilaksanakan beliau sepanjang menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah sejak 2004 – 2013.



Berbeza dengan Mas, beliau lebih banyak dengan cara ‘membeli jiwa’ untuk memastikan kedudukannya kekal. Sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, apa usaha beliau bawa kepada penduduk Masjid Tanah sejak 2018?

Cukupkah dengan bantuan yang diberikan kepada Pengundi Masjid Tanah menggunakan peruntukan Ahli Parlimen tanpa membangunkan peluang ekonomi kepada masyarakat tempatan?

Adakah ada penubuhan Koperasi yang baik untuk pembangunan Masjid Tanah dilakukan Mas? Apa usaha Mas kepada golongan nelayan di Masjid Tanah? Sekadar ‘beras sekampit, gula sekilo’ dan ‘airmata’ sedulang?

Ini perlu difikirkan oleh pengundi Masjid Tanah pada 19 November ini. Tidak cukupkah lagi peluang yang telah diberikan kepada Mas Ermieyatie selama 2 penggal?



Tepuk dada, tanya selera.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button