Mentua bangga tetamu puji resepsi ‘grand’

Rupanya paksa menantu buat ‘loan’ RM40,000! Sudahnya tak bahagia, merana bayar hutang

Mentua bangga tetamu puji resepsi ‘grand’

Mentua bangga tetamu puji resepsi ‘grand’
Perkawinan adalah perancangan jangka masa panjang dan bukannya berakhir dalam sehari.

UKUR baju di badan sendiri.

Kemewahan yang ditonjolkan dalam majlis perkahwinan tidak menggambarkan kebahagian di alam rumah tangga.

Namun itulah apa yang dilalui pasangan ini apabila mereka tersilap langkah gara-gara menuruti permintaan keluarga dengan menganjurkan resepsi perkahwinan di luar kemampuan mereka.



Mentua bangga tetamu puji resepsi ‘grand’
Luahan tanpa nama di laman Twitter yang mengundang simpati.

Melalui luahan tanpa nama di Twitter @ConfessTweetMY, seorang wanita menceritakan bagaimana suaminya mengambil pinjaman peribadi kerana mahu memenuhi kehendak ibu bapanya.

Walaupun kemahuan untuk mengadakan majlis penuh gah dan mewah berjaya dituruti, namun mereka kini dibebani hutang keliling pinggang yang datang menghantui.

“Kami berdua ni kerja biasa je, suami kerja kerani dan saya pula kerja kontrak kerajaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya beritahu ibu bapa nak buat majlis kahwin kecil-kecilan saja, panggil (jemputan) dalam 100 orang tapi ibu bapa saya tak setuju.

“Sebabnya mereka cakap ada ramai saudara dan kawan-kawan yang mereka kena jemput,” katanya menceritakan bagaimana segalanya bermula.



Tidak cukup dengan permintaan bulan dan bintang, ibu bapa pengantin perempuan sempat ‘menjentik’ ego bakal menantu gara-gara mahu mengadakan majlis ala kadar.

“Apabila cakap nak buat majlis sederhana, mereka macam tak yakin suami mampu jaga saya.

“Suami saya yang masa itu tunang terasa hati bila tahu,” cerita wanita itu.

Saya pun lebih banyak menangis daripada gembira sekarang.

Si isteri

Demi menjaga hati, si suami dengan berat hati memutuskan untuk mengambil pinjaman peribadi di bank walaupun kelak mereka yang akan tersakiti.

“Dia duduk bincang dengan parent saya nak jemput berapa orang.

“Lepas kira-kira ada 1,000 orang dan mereka minta nak buat dekat hotel. Parent saya cadangkan buat loan RM40,000 kalau nak kahwin.

“Pendek cerita, husband pun buat loan. Majlis pun settle dan parent saya happy ramai kawan-kawan mereka datang dan puji majlis kami cantik,” ujarnya.

Mentua bangga tetamu puji resepsi ‘grand’
Kemewahan melampau di hari perkahwinan boleh membawa padah di kemudian hari. Gambar hiasan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Seperti diduga, kebahagiaan yang dirasai itu bersifat sementara kerana apa yang mendatang seterusnya hanyalah kesengsaraan.

“Sekarang ini kami struggle nak bayar loanHusband balik kerja terus buat GrabFood. Saya jual dropship online.

“Tapi itulah sendu je sales, kadang tak ada pun. Husband saya yang dulunya ceria sekarang banyak tidur je apabila balik rumah.

“Penat katanya kerja tak habis-habis. Saya pun lebih banyak menangis daripada gembira sekarang,” luahnya.

Mentua bangga tetamu puji resepsi ‘grand’
Pengurusan kewangan yang cekap adalah kunci kepada rumah tangga yang bahagia. Gambar hiasan

Jika boleh diundur masa, pastinya mahu diubah keputusan untuk mengambil pinjaman peribadi tersebut.

“Dia (suami) menyesal betul buat loan tersebut. Kalau tak buat mesti dah aman hidup.

“Balik kerja office boleh rehat dengan saya,” katanya.

Mentua bangga tetamu puji resepsi ‘grand’
Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut bersimpati dengan nasib pasangan ini selain memberikan kata-kata semangat dan nasihat.

“Jangan give up dulu. Hold kejap untuk anak. Jangan tambah hutang baru. Menyewa je dulu. InsyaAllah boleh survive.”RM40,000 bukan jumlah kecil, besar tu. Boleh buat deposit rumah atau kereta. Tak salah majlis bersederhana asalkan tiada hutang di kemudian hari.

“Disebabkan nak ikut kehendak mak ayah, anak menantu terpaksa tanggung hutang. Sedihnya baca confession ni,” kata sebahagian netizen.

Mana janji tembok penghadang banjir ?

Mentua bangga tetamu puji resepsi ‘grand’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker