Parti Pejuang tiada duit

Tun Dr. Mahathir Mohamad turun padang melawat kawasan Parlimen Shah Alam selepas mendapati kempen parti berkenaan kurang mendapat sambutan sejak hari penamaan calon, Sabtu lalu.

 

Oleh Azrin Muhammad



SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh parti lain berkempen menggunakan duit curi selepas mendapati pergerakan partinya di Shah Alam agak hambar.

Mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu berkata, calon Pejuang di Selangor memang ada peluang untuk menang, tetapi malangnya kempen di beberapa tempat didapati kurang mendapat sambutan kerana tidak cukup bendera dan sepanduk.

“Kita (Pejuang) tiada sepanduk, kita tiada bendera kerana kita memang tidak ada duit.

“Bukan macam dia orang (parti lawan), dia orang guna duit curi, sebab itu bendera dia orang banyak,” katanya dalam sidang akhbar di Restoran Murjana Maju Seksyen 24, di sini, semalam.



Terdahulu, Mahathir diiringi calon Pejuang bagi Parlimen Shah Alam, Muhammad Rafique Rashid Ali melawat Pasar Malam Seksyen 24 untuk bersemuka dengan penduduk setempat.

Dalam masa sama, Mahathir cuba menarik perhatian orang ramai dengan menggunakan alasan mahu mendirikan kerajaan yang ikhlas, cekap dan amanah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button