Pengganas kulit putih New Zealand fail rayuan ringankan hukuman penjara



Pengganas kulit putih New Zealand fail rayuan ringankan hukuman penjara

Pengganas kulit putih New Zealand fail rayuan ringankan hukuman penjara
MASJID Linwood merupakan satu daripada lokasi sasaran serangan tembakan rambang oleh pengganas kulit putih, Brenton Tarrant di Christchurch pada Mac 2019. – AGENSI

CHRISTCHURCH: Pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan rambang sehingga mengakibatkan 51 penduduk beragama Islam maut di dua masjid di Christchurch pada Mac 2019, akhirnya memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup yang dijalaninya ketika ini.

Namun, tarikh perbicaraan untuk rayuan tersebut masih belum ditetapkan.

Brenton Tarrant dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol pada 2020 kerana membunuh 51 orang dan cubaan membunuh 40 yang lain di Masjid al-Noor dan Masjid Linwood, di sini.



Hukuman itu merupakan yang pertama ditetapkan oleh Mahkamah New Zealand kepada pesalah.

Pada November 2021, peguam Tarrant ketika itu, Tony Ellis memaklumkan anak guamnya sedang mempertimbangkan sama ada ingin membuat rayuan atau tidak, sambil mendedahkan pengakuan bersalah Tarrant dibuat ketika dia berada dalam tekanan.

Bagaimanapun, Ellis menerusi emel memaklumkan, dia tidak lagi mewakili Tarrant.

“Apa yang anda lakukan amat hina sehinggakan hukuman penjara seumur hidup juga tidak dapat membela kejahatan yang dilakukan,” katanya.

Tarrant yang merupakan rakyat Australia menyerbu kedua-dua masjid dengan senapang separa automatik dan melepaskan tembakan rambang ke arah jemaah yang bersiap sedia untuk menunaikan solat Jumaat.



Lebih terkutuk, lelaki itu membuat penstriman secara langsung pembunuhan itu menerusi Facebook menggunakan kamera yang dipasang pada kepalanya. – AFP

Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya

 

Pengganas kulit putih New Zealand fail rayuan ringankan hukuman penjara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker