Penyokong BN anggap Mas Ermieyati khianat ketika tinggalkan UMNO

Penyokong setia Barisan Nasional Rahimi Riffin menunjukkan sokongan kepada BN dengan memasang bendera BN di motosikalnya.

MASJID TANAH – Penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dalam kawasan kerusi Parlimen Masjid Tanah di Melaka menganggap tindakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang keluar dari parti UMNO sebagai tidak menghormati pengundi di kawasan berkenaan.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO dan Ahli Parlimen Masjid Tanah membuat pengumuman meninggalkan UMNO pada 1 Julai 2018 dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kemudian, pada 13 Disember 2018, beliau bertindak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagi Rahimi Riffin dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di bawah Parlimen Masjid Tanah, perbuatan Mas Ermiyati juga dianggap sebagai pengkhianat kepada BN.



“Kami kalau di Bahagian Masjid Tanah memang nak tolak Mas Ermieyati sebab dia daripada Barisan Nasional selepas dia menang dia tinggalkan parti dia, pada kami kira dia pengkhianatlah,” katanya ketika ditemui di sekitar Pantai Pengkalan Balak petang semalam.

Menurut beliau, mereka meletakkan calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid mempunyai peluang 90 peratus untuk menang kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 19 November nanti.

Kerusi Parlimen berkenaan akan ditandingi empat penjuru melibatkan Mas Ermieyati, Abdul Hakim, Calon parti Muda Mutalib Uthman dan calon Pejuang Handrawirawan Abu Bakar.

Pada PRU14 lalu Mas Ermieyati yang bertanding di atas tiket BN menang menewaskan calon PAS Mohd Nasir Othman dan calon Bersatu Sabirin Jaafar dengan majoriti 8,159 undi.



Selepas itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lepas, beliau kalah kepada calon BN Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dengan majoriti 364 undi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker