Pulisic, McKennie ketuai USA

NEW YORK: Christian Pulisic mengetuai pasukan muda Amerika Syarikat (USA) ke Piala Dunia di Qatar yang mahu menunjukkan mereka berhak berada di pentas bola sepak terbesar dunia itu selepas gagal layak pada 2018.

Pemain tengah Juventus, Weston McKennie juga tersenarai walaupun wujud kebimbangan dia mengalami kecederaan paha selain penjaga gol, Matt Turner; penyerang Lille, Tim Weah dan pertahanan Inter Miami CF, DeAndre Yedlin.

“Ini adalah jelajah membalas dendam, jika anda mahu memanggilnya begitu,” kata Yedlin yang juga pemain veteran Piala Dunia dalam pasukan itu.

Tiada yang berubah dalam harapan skuad berkenaan menjelang aksi pembukaan menentang Wales pada 21 November ketika kecederaan membelenggu skuad dan Pulisic juga jarang dapat bermain dalam Liga Perdana bersama Chelsea.



Mereka gagal menemui sasaran ke gol dalam aksi pemanas badan apabila tewas 2-0 di tangan Jepun pada September.

Sehari selepas itu, pasukan yang jauh ketinggalan dalam ranking dunia, Arab Saudi mengikat mereka 0-0.

“Pandangan terhadap pembangunan pemain muda ini sedikit tidak benar, bagaimana program ini sebenarnya dibangunkan,” kata ketua jurulatih, Gregg Berhalter.

“Kami sebenarnya bermula dengan kumpulan pemain baharu pada 2018 dan kini kami kembali ke Piala Dunia.



“Dan saya rasa kehendak terakhir kumpulan ini – dan saya sudah nyatakan sebelum ini – ialah berada di Piala Dunia.”

Skuad Amerika Syarikat akan berdepan England dan Iran dalam Kumpulan B.

Skuad USA:

Penjaga gol: Ethan Horvath (Luton Town), Sean Johnson (New York City FC), Matt Turner (Arsenal)

Pertahanan: Cameron Carter-Vickers (Celtic), Sergiño Dest (AC Milan), Aaron Long (New York Red Bulls), Shaq Moore (Nashville SC), Tim Ream (Fulham), Antonee Robinson (Fulham), Joe Scally (Borussia Mönchengladbach), DeAndre Yedlin (Inter Miami CF), Walker Zimmerman (Nashville SC)

Pemain tengah: Brenden Aaronson (Leeds), Kellyn Acosta (LAFC), Tyler Adams (Leeds), Luca de la Torre (Celta Vigo), Weston McKennie (Juventus), Yunus Musah (Valencia), Cristian Roldan (Seattle Sounders FC)

Penyerang: Jesús Ferreira (FC Dallas), Jordan Morris (Seattle Sounders), Christian Pulisic (Chelsea), Gio Reyna (Borussia Dortmund), Josh Sargent (Norwich City), Tim Weah (Lille), Haji Wright (Antalyaspor)

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker