Pengumuman bubar Parlimen petang ini?

Jangkaan pengundian awal November

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Pengumuman bubar Parlimen petang ini?

Dijangkakan pengumuman bubar Parlimen akan berlangsung petang ini dari Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, selepas seluruh negara berteka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen samada berlaku tahun ini atau tahun hadapan. 



Ramai pemain media sosial menjangkakan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat pengumuman tersebut secara langsung jam 3 atau 4 petang.

Pengumuman bubar Parlimen petang ini?
Gambar Fail

Bagaimanapun, setakat ini semua itu hanyalah ramalan belaka kerana difahamkan kerajaan tidak akan mengambil risiko bagi melakukan Pilihanraya Umum Ke-15 di musim banjir.

Ramai kalangan ahli politik terutama pembangkang menentang pembubaran parlimen dilakukan pada tahun ini dengan pelbagai alasan dan mahu ia dilakukan pada tahun hadapan.

Ada juga pemimpin dalam Umno sendiri turut menentang sekiranya Parlimen dibubarkan tahun ini dengan alasan sama dengan pembangkang. 



Pengumuman bubar Parlimen petang ini?

Umno sebelum ini menerusi Mesyuarat Agung Luarbiasa telah bersetuju untuk meminta agar pembubaran Parlimen dipercepatkan selepas negara mencapai fasa ‘endemik covid’.

Dalam pada itu, satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno akan berlangsung pada malam ini di Menara Dato Onn, WTC Kuala Lumpur.

Dipercayai mesyuarat tersebut ada kaitan dengan pembubaran parlimen atau sebaliknya.



Namun demikian, ada juga khabar angin menyatakan mesyuarat khas MKT Umno malam ini dijangka panas namun tidak dapat dipastikan mengapa.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button