Anak penoreh mahu bawa perubahan di Raub

Chong Sin Woon tekad bantu pengundi Raub

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Anak penoreh mahu bawa perubahan di Raub

Dilahirkan sebagai anak penoreh getah, ia tidak menghalang impian membawa perubahan ke Raub pada PRU15.



Datuk Chong Sin Woon, Setiausaha Agung MCA yang dicalonkan mewakili Barisan Nasional untuk kerusi P080 Raub, menyatakan hasrat beliau semasa ditemui di Pejabat MCA Raub.

Mula menyertai MCA pada 2001 dan menang jawatan Ketua Pemuda MCA pada 2013, Chong dilantik sebagai Senator pada 2014.

Pernah bertanding pada PRU14 namun kalah di tangan Anthony Loke Siew Fook di Seremban, tidak melunturkan hasrat beliau dalam politik.

Agak fasih berbahasa Melayu, Chong juga berpengalaman sebagai Timbalan Menteri merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Ekonomi.



“cabaran terbesar saya ialah menarik sokongan dari kedua-dua pihak (Melayu & Cina) selain kaum India

“untuk anak muda, tawaran kita cukup praktikal dan kita tidak menjanjikan bulan dan bintang, saya akan cuba membawa masuk pelaburan yang baik untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada anak muda” 

Anak penoreh mahu bawa perubahan di Raub

MCA sebelum ini telah kalah 2 penggal berturut kerusi P080 Raub kepada DAP. Tan Sri Ng Yen Yen merupakan wakil rakyat BN dari MCA yang menang kerusi Raub.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button