Anwar gelabah, mula kutuk BN dan PAS

DATUK Seri Anwar Ibrahim mula gelabah selepas PAS menyatakan hasrat mahu bergabung dengan Barisan Nasional.

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Walaupun yakin Pakatan Harapan (PH) mendahului persaingan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat mula gelabah sejurus mendengar perkhabaran tergempar.

Dia yang juga Pengerusi PH mula hilang arah dengan segera mengeluarkan kenyataan untuk menarik perhatian rakyat mengenai tindakan PAS yang berhasrat bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Akibat terlalu terdesak, Anwar kembali bermain politik kotor dengan memburuk-burukkan musuh politiknya dengan tujuan merosakkan kepercayaan penyokong parti BN dan juga PAS.

Anwar mendakwa kedua-dua parti itu sudah mempunyai rancangan untuk bekerjasama ekoran ketinggalan meraih kepercayaan pengundi dalam tempoh berkempen sejak minggu lalu.

Segalanya berpunca daripada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mendedahkan parti berkenaan akan bergabung dengan BN selepas PRU15.

Menurut Takiyuddin, hasrat berkenaan akan dilakukan sekiranya PAS tidak mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Dalam masa sama, Pengerusi PN, Tan Sr Muhyiddin Yassin menafikan pihaknya telah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan pemimpin BN.

Hal ini menunjukkan PN mula goyah apabila ahli gabungan PAS mula menyimpan keinginan untuk bergabung dengan parti lain seolah-olah PAS dipinggirkan dalam PN.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker