Anak Sendiri Mati Tak Makan, Kera Di Hutan Mahu Di Susukan?



Anak Sendiri Mati Tak Makan, Kera Di Hutan Mahu Di Susukan?

Populariti calon PPBM untuk parlimen Jasin yang juga merupakan Timbalan Menteri di JPM, Mas Emiryati melonjak di kalangan wanita apabila RUU Anti Intip dan Menghendap diluluskan.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/885183/penjara-maksimum-3-tahun-bagi-kesalahan-menghendap



Sejak dari itu, Mas Emiryati dianggap sebagai wirawati yang berjuang mempertahankan hak kaum wanita di seluruh negara.

Walau pun akta tersebut mempunyai pro dan kontra, tetapi dari satu sudut, penulis tidak nafikan ianya boleh diiktiraf sebagai satu jasa besar Mas Emiryati kepada kaum wanita.

Tetapi persoalan yang lebih besar adalah, apakah Mas Emiryati benar-benar jujur untuk pertahankan hak kaum wanita?

Ironiknya, berlaku pendedahan gempar di bumi Jasin apabila Ketua Srikandi PPBM Melaka, Azalina Abdul Rahman mengumumkan keluar dari PPBM.



Anak Sendiri Mati Tak Makan, Kera Di Hutan Mahu Di Susukan?

Anak Sendiri Mati Tak Makan, Kera Di Hutan Mahu Di Susukan?

Anak Sendiri Mati Tak Makan, Kera Di Hutan Mahu Di Susukan?

 

Azalina yang juga Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) menjelaskan sebab utama mengapa beliau bertindak demikian adalah kerana PN meminggirkan suara dan hak wanita.

Persoalannya, sekiranya terpilih sebagai ahli parlimen Masjid Tanah sekali lagi, apakah Mas Emiryati mampu membawa suara rakyat tempatan apabila suara ahli sendiri dipinggirkan?

Apakah tujuan sebenar Mas Emiryati membawa RUU yang kononnya untuk melindungi hak kaum wanita?

Adakah ianya bertujuan hanya untuk mendapat ‘political mileage’?



Atau beliau ikhlas dalam perjuangan mempertahankan hak kaum wanita?

Penulis serahkan kepada kebijaksanaan pembaca terutamanya pengundi parlimen Masjid Tanah untuk menilaikannya.

Rakyat memerlukan pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas di dalam perjuangan.

Bukannya pemimpin yang menggunakan rakyat untuk kepentingan politik peribadi.



 

Anak Sendiri Mati Tak Makan, Kera Di Hutan Mahu Di Susukan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker