Dewan Komuniti Pemangkin Semangat Perpaduan

Oleh Kamarulzaman Bin Pid

Masjid Tanah: Pembinaan semula dewan komuniti bagi masyarakat Cina di Paya Mengkuang di sini, yang tertangguh sejak empat tahun lalu akan dilaksanakan secepat mungkin.

Calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, pihaknya difahamkan pembinaan semula dewan itu ditangguhkan semasa Pakatan Harapan memerintah.



“Sebenarnya bajet untuk kelulusan pembinaan semula dewan komuniti ini sudah diluluskan empat tahun lalu.

“Malangnya, peruntukan itu ditangguhkan dan sehingga kini projek itu terbengkalai,” katanya.
Penangguhan itu, katanya, menyebabkan masyarakat Cina di kawasan berkenaan terkilan berikutan sukar menjalakan kegiatan kemasyarakatan.

“Ini menyebabkan mereka sukar menjalankan aktiviti kerana tidak ada dewan yang selesa.
“Dewan yang dijanjkan ini hanya boleh dipandang sahaja tetapi tidak boleh digunakan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, menyiapkan dewan itu akan menjadi antara agenda utama beliau apabila terpilih sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah.



“Saya sedar ini tugas yang berat tetapi sebagai wakil rakyat di kawasan ini, itu adalah salah satu tugas yang perlu saya hadapi.

“Dengan sokongan semua pihak, saya berharap impian penduduk di sini akan terlaksana,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button