Kanak-kanak antara tiga mangsa melecur

Ipoh: Seorang kanak-kanak perempuan antara tiga individu yang melecur dalam kebakaran membabitkan empat kediaman teres setingkat di Taman Meru Fasa 2B, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kanak-kanak terbabit melecur di bahagian kaki.

Dua lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dewasa, masing-masing mengalami lecur tahap tiga dan melecur di kaki serta tangan.

Beliau berkata, semua mangsa yang melecur mendiami rumah yang sama, membabitkan empat penghuni rumah itu termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang tidak cedera dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dipastikan hubungan antara keempat-empat mangsa.

Katanya, panggilan diterima 11.04 malam tadi dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya. dibantu BBP Ipoh serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Menglembu dan PBS Chemor digerakkan ke lokasi.

Katanya, kebakaran membabitkan empat rumah teres berkeluasan 111.5 persegi yang musnah terbakar dalam anggaran antara lima hingga 80 peratus.

“Dua rumah terbakar lima peratus, manakala dua lagi rumah masing-masing terbakar 50 dan 80 peratus.

Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 2.20 pagi.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker