Kempen bukan lesen langgar undang-undang



CALON Perikatan Nasional (PN), Dr. Afif Bahardin tidak memakai topi keledar ketika melawat penduduk di Taman Batu Tiga, Shah Alam petang semalam.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Afif Bahardin sekali lagi buat hal apabila menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar ketika berkempen bagi merebut kerusi Parlimen Shah Alam.

Kejadian berkenaan berlaku ketika Afif dan jenteranya menjalankan sesi Ziarah Kebajikan di sekitar Taman Batu Tiga termasuk rumah salah seorang pesakit diabetes pada petang semalam.



Walau bagaimanapun tindakan tidak memakai topi keledar itu mendapat perhatian pengikut di Facebook apabila menegur Afif agar mematuhi peraturan jalan raya, khususnya ketika menunggang motosikal.

“Terbaik YB, helmet pakai YB,” kata Muhammad Syahid di ruangan komen.

Slogan yang digunakan #Prihatin tidak sesuai digunakan apabila kebajikan diri sendiri tidak terjaga, apatah lagi kebajikan rakyat yang memerlukan pemimpin baharu yang faham serta amal elemen prihatin yang sebenar.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker