Sanusi Di Jemput Ke Majlis Rumah Terbuka Kedah, Tapi Kalau Tak Malu, Datanglah

Sanusi Di Jemput Ke Majlis Rumah Terbuka Kedah, Tapi Kalau Tak Malu, Datanglah

Sanusi Di Jemput Ke Majlis Rumah Terbuka Kedah, Tapi Kalau Tak Malu, Datanglah

Kerajaan Perpaduan merancang untuk mengubah lokasi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dari Putrajaya ke beberapa buah negeri.

Tujuan sebenar lokasi majlis tersebut diubah adalah supaya rakyat marhaen yang berada jauh dari Putrajaya berpeluang bertemu secara langsung dengan pemimpin di peringkat pusat.

Ini akan memberikan ruang yang lebih besar untuk rakyat mengadukan masalah mereka kepada pemimpin secara terus.



Pemimpin juga akan lebih memahami dan mendengar masalah sebenar rakyat tanpa kehadiran pihak ketiga.

Penulis melihat ini adalah satu langkah pembaharuan yang baik.

Dan ia sepatutnya diteruskan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah di masa akan datang.

Soal sama ada ianya merupakan kempen politik kerana diadakan ketika pilihanraya negeri semakin hampir, bukanlah persoalan yang utama.



Mungkin benar, tetapi dari sudut memberikan munafaat kepada rakyat marhaen, soal kempen politik tidak sepatutnya dibesar-besarkan.

Fikir secara rasional.

Apakah kempen yang tidak sampai satu hari dalam majlis tersebut mampu mengubah pendirian rakyat di peti undi?

Tetapi itulah isu yang cuba dibesar-besarkan oleh pembangkang yang menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Mereka menuduh Kerajaan Perpaduan menyalahgunakan dana untuk membuat kempen politik melalui majlis tersebut.

Ada juga tuduhan bahawa majlis tersebut kononnya tidak menghormati kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

MB Kedah pula dilihat cuba ‘play victim’ dengan mengatakan beliau akan hadir sekiranya dijemput, sama ada secara rasmi atau tidak.

Penulis tidak fikir pegawai di PMO sangat daif mengenai protokol sesuatu majlis yang akan diadakan.

Apabila DYMM Sultan Kedah sudah dijemput, sudah pasti jemputan kepada menteri besar pun sudah dihantar.

Tetapi sebagaimana yang kita ketahui siapa manusia yang bernama Sanusi Md Nor, pelbagai putar belit akan dilakukan untuk memburukkan imej Kerajaan Perpaduan.

Perkara yang sama terjadi dalam isu jemputan ke LIMA Langkawi.

Kesimpulannya, jemputan dikatakan sudah dihantar, tapi kalau Sanusi tidak tahu malu, datanglah…

 

Sanusi Di Jemput Ke Majlis Rumah Terbuka Kedah, Tapi Kalau Tak Malu, Datanglah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker