“Mangkuk tingkat” tidak relevan di Masjid Tanah

Mas Ermieyatie buat apa selama sedekad?

Oleh – Amran Klebang


"Mangkuk tingkat" tidak relevan di Masjid Tanah

Pembangunan ekonomi dan fizikal di setiap Parlimen melambangkan pencapaian Ahli Parlimen yang mewakili kawasan tersebut. Apabila hanya bersandarkan kepada “mangkuk tingkat” untuk memikat hati rakyat, ia sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang.



P134 Masjid Tanah sudah hampir sedekad terkebelakang dari pelbagai sudut ekonomi tempatan, pembangunan fizikal serta naik taraf sosio ekonomi.

Melontar sebentar pandangan ke belakang, begitu besar jurang perbezaan pembangunan fizikal yang telah dibawakan oleh penyandang kerusi sebelum bertukar tangan pada 2013.

"Mangkuk tingkat" tidak relevan di Masjid Tanah

Nama besar, Tan Sri Abu Seman Yusop merupakan individu yang berjaya membawa pelbagai sektor perkembangan fizikal ke Masjid Tanah.



Dari pembelajaran sehingga ekonomi kecil-kecilan industri tempatan, Tan Sri Abu Seman berjaya ‘menghidupkan’ Masjid Tanah dengan aktiviti membabitkan penduduk tempatan.

Itu sejarah dan masa telah berlalu begitu pantas. Abu Seman melepaskan baton kepada Mas Ermieyatie sebagai pengganti beliau. 

Pada ketika itu, Kerajaan Negeri ditadbir Barisan Nasional, maka Masjid Tanah tidak dipinggirkan pembangunannya. Sudah pasti Masjid Tanah berbangga mempunyai seorang wakil rakyat yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelancongan pada 2015 – 2018.



Apa produk atau koridor pelancongan yang dibawa masuk Mas ke Masjid Tanah? Pembangunan fizikal Masjid Tanah? Ekonomi tempatan? Jika beliau menyatakan banyak yang telah dilaksanakan beliau di Masjid Tanah, perlu diingatkan, itu semua di bawah Barisan Nasional sebelum 2018.

"Mangkuk tingkat" tidak relevan di Masjid Tanah

Sejak 2020 sehingga hari ini, Mas Ermieyatie masih lagi seorang Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia. Apa usaha beliau memajukan Masjid Tanah dengan jawatan yang disandang?

Dengan hanya berbekalkan MANGKUK TINGKAT, beliau cuba menyakinkan pengundi untuk mengekalkan beliau di Masjid Tanah buat kali ke-3?



Sudah sampai masanya, ‘MANGKUK TINGKAT’ digantikan dengan satu bekas yang jauh lebih menarik dan memberi manfaat kepada rakyat Masjid Tanah demi kemajuan masa hadapan.

Sebaiknya bekas yang lebih berkualiti dihadiahkan kepada rakyat Masjid Tanah agar setiap makanan yang diletakkan dalam bekas tersebut tidak berkulat sepertimana yang disimpan didalam MANGKUK TINGKAT.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button