Peminat berang Dier, Maguire tersenarai

LONDON: Peminat England berang apabila Gareth Southgate menyenaraikan Harry Maguire dan Eric Dier dalam skuad terakhirnya ke Piala Dunia Qatar.

Pertahanan Tottenham, Dier kerap melakukan kesilapan besar dalam beberapa minggu kebelakangan, manakala kapten Manchester United, Maguire adalah pilihan keempat di kelabnya dan hanya tiga kali membarisi kesebelasan utama musim ini.

Peminat-peminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial berkenaan pemilihan bek tengah England yang menyebabkan pemain seperti Fikayo Tomori tercicir.

Maguire, Dier, gandingan Manchester City, John Stones dan Kyle Walker, pemain Arsenal, Ben White serta Conor Coady dari Everton mengisi senarai enam bek tengah dipanggil.

Stone dan Walker membuktikan tahap kecergasan mereka di tahap terbaik selepas pulih daripada kecederaan dan layak dipilih ke Qatar, manakala White mendapat tempat selepas cemerlang bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Bagaimanapun kemasukan Dier, Maguire dan malah Coady berbanding nama-nama lain seperti bintang AC Milan, Tomori dan Marc Guehi dari Crystal Palace, mencetus rasa tidak puas hati peminat.

“Pemilihan Eric Dier dan Harry Maguire berbanding Tomori adalah satu jenayah,” kata satu ciapan.

“Coady bagus, tetapi memilih Dier dan Maguire berbanding Tomori tidak,” kata satu lagi ciapan.

“Dier dan Maguire berbanding Tomori dan Rashford berbanding (Ivan) Toney, amat memalukan. Yang positif cuma (James) Maddison. #SouthgateOut,” kata seorang lagi peminat.

Skuad England

Penjaga gol: Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Newcastle), Aaron Ramsdale (Arsenal).

Pertahanan: Kieran Trippier (Newcastle), Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Kyle Walker (Manchester City), Ben White (Arsenal), John Stones (Manchester City), Eric Dier (Tottenham), Conor Coady (Wolves), Harry Maguire (Manchester United), Luke Shaw (Manchester United).

Tengah: Declan Rice (West Ham), Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Jordan Henderson (Liverpool), Kalvin Phillips (Manchester City), Mason Mount (Chelsea), Conor Gallagher (Chelsea).

Penyerang: Raheem Sterling (Chelsea), Phil Foden (Manchester City), Jack Grealish (Manchester City), Bukayo Saka (Arsenal), James Maddison (Leicester), Harry Kane (captain, Tottenham), Marcus Rashford (Manchester United), Callum Wilson (Newcastle).

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker