Ribuan baju Melayu, songket lama, ukiran kayu hangus, kerugian lebih RM3 juta

Ribuan baju Melayu, songket lama, ukiran kayu hangus, kerugian lebih RM3 juta

Ribuan baju Melayu, songket lama, ukiran kayu hangus, kerugian lebih RM3 juta
Bangunan Seni Kayu Warisan milik Burhan Ashari di Kampung Paloh Sungai Kiat, terbakar mengakibatkan kerugian lebih RM3 juta. – Foto ZAID SALIM

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10,000 pakaian membabitkan baju Melayu, jubah dan kurta, songket lama serta pelbagai ukiran kayu musnah dalam kebakaran yang mengakibatkan kerugian lebih RM3 juta.

Bangunan Seni Kayu Warisan menempatkan semua barangan berkenaan milik seorang ahli perniagaan, Burhan Ashari, 68, terbakar kira-kira 10 malam tadi.

Burhan yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian berkata, ketika kejadian dia sedang makan malam bersama tiga pekerja di sebuah restoran di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, kira-kira tiga kilometer dari bangunan itu.



Katanya, bangunan berusia lebih 50 tahun dahulunya dijadikan bengkel dan perusahaan songket milik arwah ibu, sebelum diambil alih dijadikan sebagai pejabat, bengkel dan pusat pameran seni ukiran kayu kira-kira 10 tahun lalu.



Beliau mendakwa, terdapat banyak bahan mudah terbakar kerana bahagian atas adalah stor bagi menyimpan kira-kira 10,000 pasang stok baju Melayu, jubah dan kurta, lebihan jualan Aidilfitri lalu milik anaknya, Mohd Amir Imran, 36,.

“Bahagian bawah pula dijadikan pejabat dan pameran ukiran kayu untuk pasaran serta songket lama peninggalan arwah ibu.

“Saya bersyukur tiada kemalangan jiwa kerana ketika kejadian saya bersama tiga pekerja yang tinggal di bangunan ini baru sahaja keluar untuk makan malam.

“Saya juga bersyukur kerana bengkel yang menempatkan pelbagai alatan dan mesin serta kayu cengal di bahagian belakang bangunan terselamat daripada kebakaran,” katanya.



Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, 36 anggota dari empat BBP iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Jalan Kota dan Kuala Berang terbabit dalam operasi pemadaman.

Katanya, bangunan dua tingkat itu terbakar 100 peratus.

Ribuan baju Melayu, songket lama, ukiran kayu hangus, kerugian lebih RM3 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button