Politik matang Isham Jalil

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Pendekatan yang digunakan calon Barisan Nasional (BN), Isham Jalil ketika berkempen merebut kerusi Parlimen Shah Alam dalam kalangan penduduk setempat dipersetujui seluruh angkatan parti negeri itu.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, usaha yang dilakukan calon setakat ini berada pada landasan yang tepat dan lancar walaupun menerima beberapa cabaran lain terutamanya dari segi cuaca.



“Difahamkan, kita (Isham dan jentera BN) telah meliputi tiga per empat kawasan yang terlibat untuk berkempen dan boleh dikatakan Isham kekal komited dengan setiap perancangan yang telah dibincangkan sebelum ini.

“Bagi separuh masa kedua minggu berkempen ini, kita merancang untuk polish-up dengan strategi-strategi yang lebih mantap memandangkan sokongan daripada rakyat sangat positif dan boleh menerima calon kita,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Azhari memberitahu amalan politik matang Isham telah memudahkan rakyat di Shah Alam menerimanya yang mempunyai latar belakang relevan untuk menjadi seorang pemimpin ibu negeri Selangor.

Tambahnya, visi dan misi yang dibawa Isham juga sangat bertepatan dengan keperluan semasa tanpa perlu memperlekehkan calon parti lain bagi meraih simpati dan kepercayaan rakyat setempat.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker