View live Pakatan Harapan ‘mendap’

HAMPIR satu jam berlangsung, Ceramah Mega Harapan Shah Alam Siri 4 tidak mendapat sambutan di laman Facebook.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Ceramah Mega Harapan Shah Alam Siri 4 yang berlangsung di Taman Bukit Subang tidak mendapat sambutan, khususnya di Facebook malam tadi.

Hampir satu jam berlangsung, acara yang dimuat naik secara langsung itu hanya mendapat lapan view dan kadangkala berkurang sehingga tiga view.



Meskipun meletakkan lapan orang panel termasuk calon Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof, ceramah berkenaan sangat hambar dan tidak meriah.

Hipotesis awal yang boleh dikatakan setakat ini adalah penduduk atau pengundi Shah Alam sudah muak dengan sandiwara PH yang tidak sudah-sudah menabur janji palsu.

Penipuan diikuti penipuan, masalah sama masih juga berlaku terutamanya ketika PH dipimpin Khalid Abdul Samad.

Tambah memburukkan keadaan adalah PH tidak peka dengan situasi terkini ekoran kebanyakan kawasan di Selangor dilanda banjir akibat hujan lebat petang tadi.



Setakat ini, dua daerah paling ketara terjejas iaitu Klang dan Petaling, manakala tiga buah pusat pemindahan telah dibuka bagi menempatkan hampir 200 mangsa.

Perangai seperti ini telah membuatkan rakyat muak dan serik untuk memilih calon yang tidak sensitif dengan keadaan sekeliling, khususnya melibatkan bencana.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker