Afif ungkit kisah dongeng di Shah Alam



PENGUNDI Shah Alam dilihat sudah bosan dengan ceramah yang sama hampir setiap hari daripada calon Perikatan Nasional, Dr. Afif Bahardin.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Masuk separuh masa pertama musim berkempen, Dr. Afif Bahardin seolah-olah kehabisan modal untuk berceramah apabila menggunakan jalan cerita yang sama terutama berkenaan titik peluhnya sebelum ini di Seberang Jaya.

Taktik sedemikian tidak lagi sesuai digunakan di Shah Alam kerana rata-rata penduduk di sini tergolong dalam kalangan pengundi celik teknologi maklumat (IT) dan peka dengan perkembangan semasa menerusi internet serta laman sosial.



Balik-balik kisah mengecat bangunan dan padang sintetik di daerah Seberang Perai, semua ceramah beliau akan bercerita mengenai perkara sama tanpa berfikir panjang keperluan di Pulau Pinang tidak sama langsung dengan Selangor.

Pada tahap ini, pengundi tidak lagi mahu mendengar cerita dongeng daripada Afif ekoran telah tertipu dengan pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga penggal berturut-turut yang saling tidak tumpah perangainya.

Sandiwara merendah diri apabila memakai baju Melayu dan kain pelekat ketika memberi cermah tidak akan mudah menundukkan prinsip pengundi Shah Alam yang lebih mahu masalah banjir dan air diselesaikan segera.

Tinjauan juga mendapati rata-rata hadirin yang datang mendengar ceramah beliau juga adalah muka yang sama seolah-olah mahu menampakkan majlisnya mendapat sambutan.





Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker