Arteta arah pemain lupakan Piala Dunia

LONDON: Mikel Arteta mahu bintang-bintang Arsenal kendaliannya melupakan seketika Piala Dunia dan fokus sepenuhnya dalam mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris.

10 daripada pemain Arsenal akan ke Qatar untuk kempen Piala Dunia bersama negara masing-masing selepas aksi liga menentang Wolves malam ini.

Pengendali Arsenal itu tahu pemain-pemainnya risau akan terlepas beraksi di Piala Dunia sekiranya mengutip kecederaan ketika bertemu Wolves.

Tetapi, dengan kejohanan empat tahun sekali itu akan bermula 20 November ini, Arteta mahu memastikan anak buahnya kekal fokus dalam pemburuan gelaran liga musim ini.

Jika Arsenal menyamai keputusan pesaing terdekat, Manchester City yang akan bertemu Brentford, mereka akan kekal di puncak liga sebelum Krismas.

“Saya sentiasa katakan kepada mereka, jika anda berfikir tentang kecederaan, ia mungkin akan berlaku.

“Saya tidak tahu jika ia akan berlaku hari ini, esok atau pada hari pertama persiapan untuk Piala Dunia.

“Jadi keluarkannya daripada fikiran anda, anda atlet profesional, risiko ini sentiasa ada jadi tumpukan kepada tugas anda dan pada setiap aksi, risikonya akan berkurangan,” kata Arteta.

Arteta mengakui ia amat penting untuk mengekalkan kelebihan dua mata ke atas juara bertahan, City selepas negara-negara bertanding mula menyenaraikan skuad terakhir mereka ke Piala Dunia.

Namun bagi Arteta, fokusnya ialah membuat persiapan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris pada 26 Disember, lapan hari selepas final Piala Dunia.

“Kami perlu menilai apabila mereka pulang, teliti keputusannya dan membuat perancangan terbaik,” katanya.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker