Hutang Man United terus melonjak

London: Hutang Manchester United meningkat sebanyak £60 juta (RM328.5 juta) ketika keluarga Glazers berusaha untuk menjual kelab itu.

United mengemukakan laporan kewangan bagi suku kedua dalam tempoh yang berakhir pada hari terakhir tahun lalu.

Ia menunjukkan hutang kelab pemilik dari Amerika Syarikat (AS) itu meningkat sebanyak £60 juta untuk jumlah keseluruhan sebanyak £535.7 juta (RM2.93 bilion)

The Mail melaporkan bahawa pengurusan United tidak panik dengan jumlah itu kerana peningkatan berkenaan mengambil kira kadar tukaran matawang antara pound dan dolar.

Laporan itu turut menyaksikan bahawa kelab berkenaan secara keseluruhannya memperoleh keuntungan £6.3 juta (RM34.4 juta) sepanjang tempoh itu walaupun terdapat penurunan 10 peratus daripada perolehan mereka.

Jumlah yang lebih kecil itu adalah disebabkan oleh tempoh rehat Piala Dunia di mana United tidak beraksi selain kelab itu bersaing dalam Liga Europa dan bukan Liga Juara-Juara.

Terdapat peningkatan sebanyak 22 peratus hasil komersial daripada penajaan, penjualan tiket dan hospitaliti.

Keluarga Glazers juga tidak mengeluarkan pembayaran dividen selepas mereka dikecam kerana membawa pulang £11 juta (RM60.2 juta) pada bulan Jun tahun lalu.

Rizab tunai United berjumlah £30 juta (RM164.2 juta) dan mereka masih mempunyai £100 juta (RM547.5 juta) daripada pinjaman £300 juta (RM1.64 bilion)

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker