Hukum Najib tak boleh tangguh walau sehari , Nak Dakwa Hakim rasuah boleh Tangguh entah sampai bila.
Oleh Adam Malik
“Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung dua persoalan perlembagaan iaitu sama ada SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali”
Rakyat sendiri sebagai hakim boleh menjatuh hukuman pada pilihanraya ke15 terhadap kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir yang mencipta kes terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Kes yang menjadi bahan gelak ketawa dunia dan juga menjadikan Malaysia “pariah state” kerana tindak tanduk dari individu yang dilantik oleh Mahathir dan kerajaan PH.
Pada kes DSNR yang telah pun berlangsung dan telah dijatuhi hukuman , sebarang penangguhan untuk alasan2 persedian Ketika penukaran Peguam pembela dari Tan Sri Shafie kepada Hisyam Teh , meminta penangguhan untuk mengkaji ribuan muka surat dokumen langsung tidak dibenarkan.
Malah Ketika Najib Razak dijatuhi hukuman Najib berada di dalam keadaan ‘defensless’ kerana akibat tidak diberi penangguhan maka Peguam Hisyam memohon untuk Tarik diri kerana enggan membela Najib dalam keadaan tidak bersedia.
Itu pun Hakim lantikan Mahathir yang tidak ikut prosidur perlantikan dan melanggar tatacara perlantikan JAC enggan beri kelonggaran seolah olah hakim ada kepentingan menghukum dengan kadar segera dan serta merta seperti ada arahan pihak tertentu.
Namun, semua kerja sarkis ini menjadi lebih menggelikan hati apabila hendak mendakwa Hakim Nazlan Ghazali yang sah terima rasuah , ada pula alasan untuk ditangguhkan.
Sebab musabab hendak ditangguh pula alasan nya janggal sekali ia itu berkaitan hal2 teknikal sama ada Hakim rasuah boleh di dakwa atau di siasat oleh badan seperti SPRM , dan bukan sama ada Hakim itu sah ambil rasuah atau tidak.
“Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel tujuh hakim, berkata mereka memerlukan masa untuk membincangkan perkara itu”
Sedang badan kehakiman ‘dilly dally’ tentang hal teknikal ini, rakyat sudah pun tahu kisah nya, ia itu cubaan melambatkan atau cubaan hendak melarutkan kes hakim lantikan Mahathir menerima rasuah dan tidak layak mendengar kes Najib Razak.
Jika hakim didakwa , maka kes Najib sudah “null and void” kerana hakim sendiri terbabit rasuah dan sembunyi maklumat diri dan ada terbabit dalam urusan syarikat SRC.
Ini lah sandiwara Mahathir walaupun Mahathir cuba mencuci tangan.
Di percayai Mahathir mahu Kembali menjadi Perdana Menteri adalah kerana hal hal sebegini yang dirisau akan terlondeh, juga kerana perkara2 lain seperti RCI Tommy Thomas dan RCI Pulau Batu Puteh yang semua ada kaitan dengan Mahathir.
Selain itu kes rasuah Zeti Aziz juga menjerut leher Mahathir kerana jawapan Zeti pasti akan ada kaitan Mahathir dan Jo Lo.
Kini, yang tersepit bukan Najib Razak , tetapi Mahathir, sudah jalan terhoyong hayang pun ketakutan dan risau BN akan memerintah dan akan melondehkan seluar nya.