“Jangan salah pilih lagi” lagu rasmi kempen BN

Villa D Acqua tempat pertama kali didengarkan lagu

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Jangan salah pilih lagi" lagu rasmi kempen BN

Lagu “Jangan salah pilih lagi” dijadikan lagu rasmi kempen BN pada PRU15. Perkara tersebut diumumkan Presiden dan Pengerusi BN, Dato Seri Zahid Hamidi di Masjid Tanah dalam pertemuan beliau bersama jentera BN.

Lagu dan lirik sepenuhnya oleh Dato Syed Sobri ini berunsurkan ‘Inang’ diperdengarkan buat kali pertama di hadapan jentera dan Zahid oleh Pengerusi BN Melaka, Dato Seri Abd Rauf Yusoh.

Lirik yang menarik perhatian dengan irama lembut mengingatkan pengundi agar tidak tersalah pilih lagi pada 19 November ini.



Pakatan Harapan berjaya menumpaskan BN pada PRU14.

Namun demikian, PH hanya bertahan selama 22 bulan selepas berlaku konflik perebutan kuasa dalam PH sendiri.

Sewaktu PH memerintah, pelbagai dasar yang mementingkan rakyat telah dihapuskan atau diubah mengikut kehendak pemimpin PH sendiri.

Perikatan Nasional kemudian mengambil alih tampuk Putrajaya namun Muhiddin Yassin tetapi tetap diprotes rakyat. Hanya mampu bertahan sekitar 17 bulan, sekali lagi kerajaan bertukar.



Pertukaran tampuk pemerintahan Malaysia sebanyak 3 kali dalam tempoh sepenggal merupakan rekod dan kesan dari ketidakstabilan sebuah kerajaan.

"Jangan salah pilih lagi" lagu rasmi kempen BN

Untuk memastikan negara kembali ke landasan sebenar, kestabilan politik merupakan satu faktor besar yang akan menentukan kemakmuran negara di masa hadapan.

PRU15 ini diharapkan dapat membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dapat dibentuk dan mampu memacu negara kembali ke landasan yang terbaik seperti sebelum 2018.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker