Program anak muda bersama calon BN dapat sambutan luar biasa

MASJID TANAH – Satu program bersama anak muda oleh Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen Masjid Tanah hari ini dihadiri oleh dihadiri ramai anak muda menunjukkan penerimaan golongan itu terhadap parti berkenaan yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kali ini.

Ia diadakan di Pengkalan Nelayan Ramuan China dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau.

Calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid turut hadir dalam program berkenaan.

Dalam ucapannya pada program itu beliau berkata PRU15 kali ini adalah masa untuk anak muda yang pertama kali mengundi pada usia 18 tahun untuk memilih wakil rakyat pilihan mereka seterusnya kerajaan baharu untuk mentadbir Malaysia.



Bagi Parlimen Masjid Tanah, BN perlu mempertahankan kemenangannya pada PRU14 pada 2018 yang dimenangi oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang kemudiannya telah meninggalkan UMNO.

Mengikut sejarah kerusi Parlimen P.134 Masjid Tanah tidak pernah kalah kepada parti lain selain BN.

Abdul Hakim berkata selama 22 bulan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah sebelum ini, banyak perkara yang tidak diingini berlaku antaranya banyak aset kerajaan telah dijual kepada pihak lain oleh kerajaan PH.

“Kita tak ada dalam kerajaan pada waktu itu, pelbagai dana kerajaan, pelbagai syarikat kerajaan semua pun sudah habis dijual oleh Pakatan Harapan.



“Saya rasa adik-adik semua kini sedang belajar dalam universiti dan tahu apa yang berlaku kerana isu-isu ini ada di dalam media sosial,” katanya dalam program yang dinamakan Program Sembang Santai Anak Muda First Vote berkenaan.

Abdul Hakim Abdul Wahid, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Orang ramai yang hadir mendengar ceramah dari BN pada program bersama anak muda malam tadi.

Pada PRU15 yang akan diadakan pada 19 November nanti, adalah kali pertama pengundi berdaftar yang berusia 18 tahun akan mengundi secara automatik bagi memilih wakil rakyat mereka.

Parlimen Masjid Tanah memperlihatkan pertembungan empat penjuru iaitu penyandang Mas Ermieyati dari Perikatan Nasional (PN) berdepan Abdul Hakim, calon parti Muda Mutalib Uthman mewakili Pakatan Harapan dan calon Pejuang Handrawirawan Abu Bakar mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker