Ramos, De Gea kempunan ke Piala Dunia



MADRID: Sepanyol menggugurkan pertahanan legenda, Sergio Ramos dan penjaga gol Manchester United, David De Gea daripada skuad ke Piala Dunia 2022.

Bintang Paris Saint-Germain, Ramos, 36, mengumpul 180 kap untuk negaranya dan pemain dengan kap tertinggi untuk Sepanyol.

Bagaimanapun pengendali Sepanyol, Luis Enrique memutuskan untuk tidak memanggil pemain veteran itu serta De Gea untuk membawa cabaran di Qatar.

Selain dua nama besar berkenaan, pemain tengah Liverpool, Thiago juga tercicir daripada senarai selepas kali terakhir menyarung jersi Sepanyol di Euro 2020.



Namun masih ada ruang buat lima pemain dari Liga Perdana Inggeris dalam senarai akhir Enrique.

Pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta dan gandingan Manchester City, Aymeric Laporte serta Rodri diberi kepercayaan untuk membawa cabaran Sepanyol di Qatar.

Penjaga gol Brentford dan Brighton, David Raya serta Robert Sanchez juga membarisi skuad Sepanyol.

Mereka dipilih berbanding De Gea, yang mengumpul 45 kap bersama Sepanyol dan kali terakhir menjaga gawang pada Oktober 2020, dan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga yang cedera.



Pemain 20 tahun Barcelona, Ansu Fati turut diberi kepercayaan untuk menerajui jentera serangan Sepanyol bersama bekas penyerang City, Ferran Torres dan bekas pemain Chelsea, Alvaro Morata.

Pemain veteran Real Madrid dan Barcelona, Dani Carvajal serta Jordi Alba juga disenarai, termasuk seorang lagi bekas pemain Man City, Eric Garcia.

Seperti dijangka, pemain muda Barca, Gavi dan Pedri juga membarisi skuad Sepanyol kali ini.

Sepanyol diundi dalam Kumpulan E bersama Costa Rica, Jerman dan Jepun.



Penjaga gol: Unai Simon (Athletic Bilbao), Robert Sanchez (Brighton/ENG), David Raya (Brentford/ENG)

Pertahanan: Jose Gaya (Valencia), Jordi Alba (Barcelona), Eric Garcia (Barcelona), Aymeric Laporte (Manchester City/ENG), Pau Torres (Villarreal), Hugo Guillamon (Valencia), Cesar Azpilicueta (Chelsea/ENG), Dani Carvajal (Real Madrid)

Tengah: Rodri (Manchester City/ENG), Koke (Atletico Madrid), Marcos Llorente (Atletico Madrid), Sergio Busquets (Barcelona), Gavi (Barcelona), Pedri Gonzalez (Barcelona), Carlos Soler (Paris SG/FRA)

Penyerang: Dani Olmo (RB Leipzig/GER), Pablo Sarabia (Paris SG/FRA), Alvaro Morata (Juventus/ITA), Ansu Fati (Barcelona), Ferran Torres (Barcelona), Marco Asensio (Real Madrid), Nico Williams (Athletic Bilbao), Yeremy Pino (Villarreal)



AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker