Beri peluang BN mentadbir

KETUA Wanita MCA Selangor, Tee Hooi Ling.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – MCA Selangor mahu pengundi Shah Alam berfikir secara waras agar tidak tertipu dengan sandiwara Pakatan Harapan (PH) dengan memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) mentadbir.

Ketua Wanitanya, Tee Hooi Ling berkata, tampuk pemerintahan yang diketuai Datuk Seri Amirudin Shari serta barisan exconya sebelum ini gagal menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan warga Shah Alam.

Sehubungan itu, Hooi Ling yang juga calon bagi Parlimen Klang mengajak pengundi Shah Alam memberi kerjasama untuk menjadikan kedua-dua kawasan itu diperintah di bawah BN agar masalah banjir dapat diselesaikan.

“Sejak tahun 2021, Amirudin telah menggunakan lebih RM600 juta untuk projek tebatan banjir tetapi sangat menghairankan bencana banjir masih berlaku terutamanya di Klang dan Shah Alam.

“Paling terkini, Amirudin membuat pengumuman untuk memperuntukkan RM700 juta lagi untuk projek tebatan banjir bagi lima tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambahnya, pelbagai desakan sudah dibuat untuk memberi peluang kepada Amirudin memberi penjelasan tetapi sehingga kini tiada jawapan dan banjir masih berlaku sehingga kini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker