Suspek yang berjaya dibawa pulang memainkan peranan utama kes

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak berkuasa membawa pulang individu dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkemungkinan mengubah perjalanan perbicaraan kes penyelewengan dana syarikat itu yang sedang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menyifatkan perkembangan terkini itu akan memberi kesan terhadap perbicaraan kes 1MDB kerana suspek yang berjaya dibawa pulang memainkan peranan utama dalam skandal kewangan terbabit.

Bagaimanapun, Najib yang ditemui pemberita sebelum perbicaraan kes itu hari ini, enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih berjalan di Mahkamah Tinggi.

“Kita akan lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, akhbar melaporkan SPRM berjaya membawa pulang seorang individu, dipercayai sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang terbabit dalam kes penyelewengan dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Individu itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada jam 3.30 pagi, 3 Mei lalu.

Sebaik tiba di KLIA2, lelaki berkenaan yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi kemudian.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkembangan berkenaan dan pihaknya sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek dan aset lain di Singapura.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker