Calon BN gariskan lima tekad untuk majukan Parlimen Masjid Tanah

Calon Barisan Nasional untuk Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid.

MASJID TANAH – Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah Abdul Hakim Abdul Wahid mahu menjadikan daerah Masjid Tanah di Melaka sebagai sebuah bandar baharu yang maju, mampan dan makmur.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam lima tekad atau ikhtiar yang digariskan beliau untuk dilaksanakan segera di kawasan Parlimen berkenaan jika dipilih sebagai wakil rakyat pada 19 November nanti.

“Tekad kedua ialah ingin melihat Masjid Tanah sebagai sebuah bandar satelit,” katanya dalam satu temubual di kediamannya di Masjid Tanah semalam.

Beliau berkata beliau ingin melihat kegiatan ekonomi di Masjid Tanah kembali rancak untuk kebaikan dan manfaat penduduknya sebagai tekad ketiga.



“Tekad keempat ialah memelihara kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di dalam Parlimen Masjid Tanah berserta dengan pembangunan anak-anak muda dalam Parlimen ini,” katanya.

Abdul Hakim akan mengupayakan sektor pertanian, pelancongan luar bandar di Parlimen Masjid Tanah.

“Semua tekad ini dirangka untuk mewujudkan satu keluarga baharu Parlimen Masjid Tanah,” kata beliau.

Sementara itu, tidak ramai yang mengetahui bahawa Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka ini pandai melukis potret di atas cermin.



Beliau menyatakan beliau pernah melukis wajah beberapa orang pemimpin UMNO antaranya wajah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan wajah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Ada juga saya melukis wajah beberapa rakan sehinggakan saya boleh menjual potret tersebut tetapi saya tidak membuatnya sepenuh masa,” katanya.

Pertandingan untuk memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah melibatkan empat penjuru dan Abdul Hakim akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, calon Pakatan Harapan (PH) dari Muda, Mutalib Uthman dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) Handrawirawan Abu Bakar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker