Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah

Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah

Mungkin tanpa disedari, mini manifesto Mas Emieryati kepada penduduk Masjid Tanah bakal menjadi senjata makan tuan kepada diri beliau.

Dalam mini manifesto PRU 15 untuk parlimen Masjid Tanah yang beliau lancarkan baru-baru ini telah menggariskan 5 tunjang:

  1. Pendidikan
  2. Belia & Anak Muda
  3. Peluang Ekonomi & Keusahawanan
  4. Kesejahteraan & Kebajikan
  5. Infrastruktur Kampung & Ameniti Awam

Pendidikan

Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah

Calon dari Perikatan Nasional yang juga penyandang kerusi parlimen Masjid Tanah selama 2 penggal berjanji akan menyediakan pusat tuisyen percuma kepada pelajar B40.



Beliau juga berjanji akan memberikan sumbangan secara one-off kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.

Dalam keadaan saingan untuk mendapatkan tempat di IPT semakin mencabar, sepatutnya Mas Emieryati mesti memikirkan nasib pelajar yang gagal mendapatkan tempat di IPTA atau IPTS.

Ramai antara mereka diakui lemah dalam bidang akademik.

Tetapi mereka mempunyai bakat yang boleh dikembangkan untuk dijadikan bekalan masa hadapan mereka.



Institusi atau kolej latihan teknikal untuk pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA & IPTS perlu diwujudkan untuk mereka.

Tetapi malangnya, segala-galanya sudah pun dilaksanakan oleh pemimpin Barisan Nasional sebelum Mas Emieryati.

Datuk Wira Abu Seman, yang menjadi ahli parlimen Masjid Tanah sebelum ini telah menyediakan segala-galanya.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/12/perbezaan-antara-pemimpin-berkualiti-dengan-pemimpin-gila-populariti/

Selain dari idea untuk memberi bantuan secara one-off, selama 2 penggal, apa yang telah beliau lakukan untuk memartabatkan pendidikan di Masjid Tanah?

Belia & Anak Muda

Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah

Mas Emieryati berjanji akan membina kemudahan sukan di Masjid Tanah untuk digunakan oleh anak muda di Masjid Tanah.

Tetapi hakikatnya, bukan sahaja Masjid Tanah sudah mempunyai kompleks sukan.

Malah pelbagai kemudahan infrastruktur yang lain telah dibina oleh pemimpin BN sebelum beliau.

Baca di sini:

http://kgpayarumput.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur

Cuma menurut penduduk tempatan, sudah 2 penggal Mas Emieryati menjadi ahli parlimen di Masjid Tanah, tiada penambahbaikan yang telah dilakukan.

Peluang Ekonomi & Keusahawanan

 

Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah

Dalam memperkasakan agenda ekonomi digital, Mas Emieryati berjanji akan mewujudkan pusat sehenti sebagai pusat pengumpulan produk rakyat Masjid Tanah.

Tetapi tanpa beliau sedari, pusat tersebut sudah pun wujud di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah.

Ianya telah dibuka dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, DSU Sulaiman Md Ali pada 1 April 2022 yang lalu.

Malah kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional sudah membuka 30 pusat yang sama di seluruh negeri Melaka.

Kerajaan Barisan Nasional negeri Melaka juga dijangka akan membuka lagi 9 pusat ekonomi digital untuk rakyat Melaka.

Baca di sini:

1) https://www.facebook.com/tamanbandarbaharu/

2) https://umno-online.my/2022/04/01/merasmikan-pusat-ekonomi-digital-keluarga-malaysia/

3) http://tmnbandarbaru.pjk.com.my/

Kesejahteraan & Kebajikan

Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah

Seperti biasa, Mas Emieryati berjanji akan terus membekalkan kerusi roda, katil pesakit dan tidak lupa juga lampin pakai buang dewasa.

Penulis tidak mahu komen apa-apa, kerana Mas Emieryati memang sinonim dengan perkataan lampin pakai buang.

Infrastruktur Kampung & Ameniti Awam

Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah

Dalam bahagia ini, Mas Emieryati berjanji akan membina Dewan Orang Ramai, Gerai dan juga Gelanggang Sukan.

Sebenarnya apa yang dijanjikan oleh Mas Emieryati dalam janji kelima ini hanyalah ulangan kepada janji yang kedua.

Baca di sini:

https://my.worldorgs.com/katalog/masjid-tanah/gim/dewan-serbaguna-kompleks-sukan-masjid-tanah

Semua yang dijadikan sebagai mini manfesto oleh Mas Emieryati, sudah pun dibangunkan di Masjid Tanah oleh kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional.

Sepatutnya 5 janji ini tidak boleh dijadikan sebagai mini manifesto, sebaliknya ia sepatutnya dijadikan sebagai senarai pembangunan yang sudah terlaksana di Masjid Tanah.

Tetapi mungkin Mas Emieryati adalah pemimpin yang tidak mempunyai wawasan, misi dan visi.

Beliau cuma suka kepada aktiviti populis, mungkin beliau tidak sedar segala-galanya sudah ada di Masjid Tanah.

Masjid Tanah memerlukan pemimpin yang mempunyai misi dan visi di dalam kepimpinan mereka.

Penulis tidak nafikan, dari sudut hubungan kemasyarakatan, Mas Emieryati agak rapat dengan penduduk tempatan.

Tetapi untuk memacu pembangunan Masjid Tanah, pemimpin yang berwawasan diperlukan dan sudah sampai masanya Mas Emieryati digantikan dengan pemimpin baharu.

Namun begitu, kita ucapkan terima kasih atas khidmat Mas Emieryati kepada parlimen Masjid Tanah selama 2 penggal.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker