2 lelaki lakukan khianat, bakar kereta diburu

Oleh – Syeikh Baran


2 lelaki lakukan khianat, bakar kereta diburu
TOYOTA Hilux yang musnah dibakar dua lelaki bermotosikal. FOTO Ihsan PDRM

Polis memburu dua lelaki yang melakukan khianat dan membakar sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux di tepi Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu, Ara Damansara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, semakan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati dua lelaki melakukan perbuatan itu.

“Pada 11.45 malam, dua lelaki menaiki motosikal berhenti di bahagian hadapan kereta itu dan terus menuang cecair disyaki petrol dan membakar kereta itu.

“Pemilik kenderaan, lelaki berusia 56 tahun yang juga seorang kontraktor memberitahu tidak bermusuh dengan sesiapa serta tidak mengesyaki mana-mana pihak yang bertanggungjawab melakukan khianat itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker