BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia



Calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam PRU15 mampu membentuk satu pasukan kerja yang kuat untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang tepat.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), khidmat Barisan Nasional (BN) dilihat satu-satunya pilihan yang ada untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang sebenar menerusi Perancangan Amal dan Usaha (PADU).

Manifesto yang diumumkan lebih bersifat realistik dan holistik berbanding manifesto parti lain yang mempunyai kelompongan kerana tidak cukup pengalaman mentadbir negara.



Pengundi perlu memahami proses membentuk kerajaan perlu dilihat dari aspek pasukan kerja dan bukan individu, jadi sudah tentu tidak ada parti lain yang mempunyai pasukan kerja berpengalaman seperti BN.

Mungkin ada nama-nama otai dalam kalangan parti lain tetapi pasukan kerja mereka hanya terdiri daripada calon-calon baharu dan juga pemain politik gagal yang hanya sempat memerintah negara selama 22 bulan.

Intipati yang paling penting diberikan perhatian adalah penyelesaian nasional yang komprehensif bagi menyelesaikan isu kos sara hidup yang tinggi oleh BN sekiranya kembali berkuasa.

Isu ini sangat penting kerana ia dapat memberi manfaat kepada 32.7 juta rakyat Malaysia tanpa mengira golongan, kaum dan juga agama.



BN meletakkan sasaran yang jelas dan ia hanya boleh dilakukan dengan mewujudkan kestabilan politik dan kerajaan yang kuat untuk mengurus negara.

Pengundi perlu membuat pilihan yang tepat terutamanya generasi muda yang menjadi pengundi kali pertama agar tidak termakan umpan dari parti yang mempunyai ‘hutang lapuk’ dan kini semakin giat menambah ‘hutang baharu’.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker