Dari Projek Lapangan Terbang KXP, Kini Bertukar Kepada Projek Bengkel Baik Pulih Kapalterbang

Dari Projek Lapangan Terbang KXP, Kini Bertukar Kepada Projek Bengkel Baik Pulih Kapalterbang

Pada bulan Ogos 2021, menteri besar Kedah, Sanusi, Sanusi Md Nor, mengumumkan bahawa Kulim bakal mempunyai lapangan terbang sendiri.

Menurut beliau, fasa 1 projek lapangan terbang Kulim atau KXP akan dimulakan dalam jangkawaktu yang terdekat.

Beliau juga mengumumkan, KXP dijangka akan menjana kepada peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri Jelapang Padi itu yang diunjurkan 7.5%.

Sanusi juga begitu yakin, projek yang bernilai RM6 bilion itu akan dapat menyediakan peluang pekerjaan antara 15,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapangan-terbang-antarabangsa-kulim-siap-2026-bakal-ubah-ekonomi-kedah-sanusi-311825

Tetapi sangat mengejutkan apabila perdana menteri, Anwar Ibrahim, mendedahkan status projek KXP yang sebenar di parlimen.

Menurut Anwar, beliau telah dihubungi oleh Syed Mokhtar, pemilik syarikat swasta yang dikatakan akan membina KXP.

Menurut Syed Mokhtar, beliau tidak dapat meneruskan projek tersebut dengan tender RM7bilion.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku ke atas projek KXP tersebut?

Adakah projek KXP itu benar-benar wujud sebagaimana yang telah diumumkan oleh Sanusi pada tahun 2021?

Kenyataannya, pihak Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberikan kelulusan ke atas projek tersebut kerana tiada permohonan rasmi terhadap aerodrome.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/letters/658500

Jadi, adakah Sanusi menipu rakyat Kedah apabila mengumumkan bahawa kononnya projek KXP telah mendapat kelulusan?

Terkini, sekali lagi Sanusi membuat u-turn sehingga 360 darjah.

Sanusi memaklumkan bahawa KXP tidak memerlukan kelulusan ruang angkasa kerana yang dirancang adalah membina hub MRO (maintainance, Repair and Overhaul).

Baca di sini:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0PLu4N1uePpjU8844AAJ1938nRaMnoTTcvNzXMsjrwLXMKjRwML7ny57WruzSTVDcl&id=100089232250587

Rupa-rupanya Sanusi hanya merancang untuk membina bengkel baik pulih dan bukannya lapangan terbang.

Tetapi, mengapakah projek membina bengkel membaik pulih kapalterbang perlu menelan belanja sehingga RM7 bilion?

Jadi, adakah Sanusi menipu selama ini?

Takkanlah Pak Lebai macam Sanusi menipu.

Kita husnuzon, sebenarnya mungkin Sanusi tidak dapat membezakan antara lapangan terbang dengan bengkel baik pulih kapalterbang…😉😉😉

 

Dari Projek Lapangan Terbang KXP, Kini Bertukar Kepada Projek Bengkel Baik Pulih Kapalterbang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker