Isham Jalil lawat pusat undi awal



ISHAM JALIL (kiri) meluangkan masa melawat pusat pengundian awal di Seksyen 9 dan Seksyen 16 di sini, hari ini.

Oleh Rohana Man

SHAH ALAM – Cuaca baik sejak pagi tadi di bandar raya Shah Alam membolehkan proses pengundian awal berjalan lancar.

Bagaimanapun, pengundi dinasihatkan datang awal ke pusat mengundi bagi mengelakkan hujan yang biasanya turun pada waktu petang.



Dalam kesibukan mengadakan sesi walkabout, calon Barisan Nasional (BN) P108 Parlimen Shah Alam, Isham Jalil sempat meluangkan masa untuk singgah melawat Pusat Pengundian Awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPK) di Seksyen 9.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Isham juga mengadakan lawatan pada kira-kira pukul 11 pagi di Pusat Pengundian Awal Batalion Ke-2 Rejimen 502 Askar Wataniah Kem Shah Alam yang terletak di Seksyen 16.

Meninjau ruang komen, netizen mendoakan agar Isham mendapat majoriti undi daripada kumpulan anggota tentera dan polis yang mengundi hari ini.

Seorang netizen, Darus Aman menulis: “Harap undi awal pun, IJ (Isham Jalil) boleh dapat banyak.”



Rosman Al-Qadri mendoakan dengan menulis : “Semoga pengundi awal mengundi Tuan Isham.”

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi dan akan ditutup antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang melibatkan IPK, IPD dan kem tentera.

Sebanyak 578 pusat pengundian awal dibuka di seluruh negara membabitkan 970 saluran.

Jumlah pengundi awal yang berdaftar dengan SPR adalah 117,473 (anggota tentera dan pasangan) dan 107,355 (anggota polis dan pasangan).





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker