Mas Emieryati Cuba Bersembunyi Di Sebalik Imej Simpati

Mas Emieryati Cuba Bersembunyi Di Sebalik Imej Simpati

Dalam kempen PRN Melaka yang lepas, Mas Emieryati pernah mengeluarkan kenyataan, tak kisahlah apa orang nak kata, yang penting saya jalankan tanggungjawab saya.

Baca di sini:

https://wartarakyat.com.my/index.php/2021/11/17/tak-kisahlah-apa-orang-nak-cakap-kata-mas-ermieyati/

Ketika itu apabila dimaklumkan kepada penulis mengenai kenyataan Mas Emieryati, komen spontan penulis adalah beliau cuba meraih undi simpati dari pengundi tempatan.

Penulis juga berpendapat, ianya adalah cara terbaik untuk Mas Emieryati untuk menutup gelaran pengkhianat yang dilabelkan kepada beliau.

Strategi Mas Emieryati dilihat hampir berjaya apabila dalam perebutan DUN Tg Bidara, DS Sabd Rauf dari BN hanya mendapat majoriti tipis dalam PRN Melaka.

Kini selepas gagal dalam PRN Melaka, Mas Emieryati dilihat sekali lagi cuba menggunakan strategi yang sama.

Kesilapan jentera BN dalam PRN Melaka adalah kerana terlalu ghairah berkempen secara agresif.

Dengan melabelkan Mas Emieryati sebagai pengkhianat dan katak politik.

Sudah menjadi resam orang Melayu, apabila pihak yang bersalah terlalu dikecam, akhirnya sentimen marah akan bertukar menjadi simpati.

Jentera BN Bertindak Bijak Dalam PRU 15

Tetapi kali ini, jentera BN dilihat sudah mengubah strategi kempen mereka.

Tiada lagi kecaman atau label sebagai katak politik di dalam kempen PRU 15.

Apa yang lebih diketengahkan oleh jentera BN kali ini adalah fakta kegagalan Mas Emieryati selama 2 penggal menjadi ahli parlimen di Masjid Tanah.

Baca di sini:

1) Mas Emieryati Anggap Masalah Banjir Di Masjid Tanah Sebagai Isu Terpencil?

2) Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah

3) Banjir Kilat Melanda Masjid Tanah, Penduduk Tanya Mana Mas Emieryati

Video klip berdurasi 0:58 saat yang dipetik dari Youtube Channel Edisi Siasat telah memberikan gambaran sebenar mengenai sikap Mas Emieryati.

Ketika rakyat dilanda bencana, beliau masih lagi sibuk memikirkan tentang karier politik beliau dan mengenepikan terus permasaalahan rakyat.

Adakah Mas Emieryati fikir, dengan menghantar pegawai beliau menaiki kenderaan dan sekadar meronda sudah cukup untuk mengubati hati rakyat yang sedang bersedih?

 

Mas Emieryati Cuba Bersembunyi Di Sebalik Imej Simpati

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker