Maszlee Malik Di Usir Penduduk Tempatan Ketika Mahu Berkempen

Maszlee Malik Di Usir Penduduk Tempatan Ketika Mahu Berkempen

Nasib Maszlee Malik di parlimen Simpang Renggam dilihat semakin pudar apabila beliau secara jelas telah ditolak oleh penduduk tempatan.

Selain dari menghadapi saingan 4 penjuru di Simpang Renggam, Maszlee Malik juga akan berhadapan dengan calon ‘heavywieight’, mantan Menteri Besar Johor, DS Hasni Mohammad.



Hasni yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk Johor kerana bukan sahaja kerana telah menjadi menteri besar, tetapi juga kerana sikap beliau yang ‘cool’.

Ianya berbeza dengan sikap Maszlee yang dilihat cuba membuat provokasi apabila kehadiran beliau tidak disenangi olehn penduduk tempatan.

Untuk rekod, dalam PRU 14, Maszlee Malik memenangi kerusi parlimen Simpang Renggam dengan majoriti 3,475 undi dalam pertandingan 3 penjuru.

Maszlee Malik yang mendapat 18,157 undi telah menewaskan Liang Teck Meng (BN) yang mendapat 14,682 undi dan Hj Jubri (PAS) yang mendapat 2,983 undi.



Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/1/P.151

Manakala dalam PRN Johor, Maszlee Malik telah tewas di tangan calon BN untuk DUN Layang Layang.

Abd Mutalip dari BN telah menang dalam pertembungan 4 penjuru dengan majoriti 2,815 undi.



Abd Mutalip (BN) mendapat 7,551 undi menewaskan Maszlee Malik (PKR) yang mendapat 4,736 undi, Alagenthiran (PN) yang mendapat 1,278 undi dan Ahmad Shafiq yang mendapat 164 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/jhr15/#!/dun/01/N.27

Dengan penolakan penduduk tempatan terhadap Maszlee Malik, apakah beliau mampu untuk mempertahankan parlimen Simpang Renggam dalam PRU 15.



Atau bumi Simpang Renggam akan menjadi kubur kepada karier politik kepada Maszlee Malik.

 

Maszlee Malik Di Usir Penduduk Tempatan Ketika Mahu Berkempen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button