Stigma dan status calon “katak” sukarkan laluan Mas Ermieyati.

 

Mungkin banyak habuan yang Mas Ermieyati boleh hulur kepada penduduk di Masjid tanah Melaka kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia miliki dana yang banyak terhasil menjadi kerajaan selama 22 bulan disambung dengan 17 bulan.

Namun, Najib Razak juga telah beri banyak sumbangan tetapi apabila datang PRU14 ,tetap di tolak oleh rakyat kerana status ‘mencuri duit’ yang dimainkan oleh Tun Mahathir dan Pakatan Harapan berjaya mempengaruhi pengundi.

Maka , atas sebab yang sama juga , mungkin calon Parlimen Masjid Tanah dari  Perikatan Nasional Mas Ermieyati mampu beri wang bantuan dan sumbangan untuk membeli pengundi seperti Ketika bertanding di DUN PRN Melaka yang lalu , namun kalah juga kepada Datuk Abdul Raof.

Kini , situasi yang sama juga sedang melanda.

ME sedang memikat hati para pengundi dengan pelbagai bantuan dan sumbangan , tetapi sama ada boleh mendapat undi itu lain cerita.

ME sudah di cop sebagi “katak” yang meninggal kan pasukan sendiri untuk melompat kepada pasukan musuh.

Gelaran “Tidak setia” sudah melekat kepada Mas Ermieyati.

Maka , dengan status dan stigma ‘katak’ yang dibawa nya, membuat reputasi ME sudah tidak ada merit dan kredibel lagi.

Boleh juga dianggap ME alami defisit kepercayaan Ketika tewas bertanding di DUN pada PRN Melaka.

Kali ini , ME berhadapan dengan musuh yang berbeza dari segi latar belakang.

Isu nasional juga mempengaruhi pengundi, bukan sahaja isu calon tempatan.

Calon dari Barisan Nasional Abdul Hakim yang tidak ada sebarang kisah skandal dan isu yang  Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional hendak mencipta fitnah kepada lawan seperti lazim.

Abdul Hakim diramal akan membawa pulang semua undi ahli UMNO yang diberi kepada ME sebelum beliau melompat kepada Tun Mahathir.

Kerusi yang dimenangi atas titisan keringat dan air mata ahli UMNO kini akan Kembali kepada yang berhak.

Sebagai penyandang ME dijangka tidak akan mendapat laluan mudah kerana panas PRN Melaka masih ada dan suasana mahu perubahan di Masjid Tanah Melaka kian semakin kuat .

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker