Besar kemungkinan PAS lompat ke BN kerana mahu bersama pihak yang jadi Kerajaan.
Dasar PAS yang tidak tetap atas sebab mengutamakan ‘survival’ PAS terlebih dahulu dari hal2 lain telah menimbul pelbagai spekulasi tentang kedudukan PAS selepas PRU15.
Pada PRU14 PAS telah memenangi 18 kerusi Parlimen.
Namun , situasi dan senario politik pada PRU14 berbanding PRU15 sangat jauh berbeza.
Ketika itu kedudukan nya ada lah “UMNO lost is PAS gain”.
Tapi kini faktor itu semua sudah tiada lagi , isu besar seperti 1MDB sudah tiada tambah lagi pembenci UMNO kini sudah berpecah dan memancing dari satu kolam yang sama.
Dari sumber yang kami baru perolehi ,kenyataan2 yang di buat oleh Takiyuddin Hassan banyak memberi ‘hint’ apa akan berlaku.
Walaupun Takiyuddin cuba berlapik cakap dan mahu menjaga hati komponen nya Parti Bersatu.
Jika PAS dapat kerusi kurang dari PRU14 dan pasangan nya dalam Perikatan Nasional juga mendapat sedikit jumlah kerusi , maka , perkara terbaik untuk PAS lakukan ada lah ‘embrace’ UMNO melalui BN.
Selan dari dapat menghalang Anwar Ibrahim dan DAP dari membuli PAS , maka jalan terbaik adalah lari kepada kawan yang banyak dapat kerusi ia itu BN.
Kenyataan Takyuddin Hassan dan beberapa orang pemimpin PAS juga memberi petunjuk apa yang akan mereka lakukan jika keputusan PRU15 bukan seperti yang diharapkan oleh PAS.
RUU lompat parti menghalang lompatan ‘katak’ secara solo atau kapasiti peribadi setelah menang, tetapi tidak menghalang penghijrahan seluruh parti.
BN dan parti kawan nya di Sabah dan Sarawak di jangka akan membawa kerusi secara pukal kepada BN dan dan di jangka BN dan gandingan nya akan menjadi kumpulan awal “ first past the post” dengan majoriti mudah.
Atas sebab itu lah tersebar akan berita PAS sedang berbincang membuat ‘positioning’ parti mereka mesra BN.
Maklumat di tulis ini betul Ketika ini , bekemungkinan pendirian atau kedudukan akan berubah dan bukan lah atas sebab tersalah lapor tetapi atas sebab perundingan antara parti yang mengubah kedudukan.
Presiden UMNO Ahmad Zahid ada menegaskan sebelum atau selepas PRU15 tiada pebincangam UMNO dengan PAS lagi.
Namun tu ada lah kenyataan politik jika keadaan tidak terdesak sepert Tun Mahathir atau PH menjadi kerajaan.
Ramalan2 yang dibuat oleh banyak pihak konon nya Pakatan Harapan akan mendapat berpuluh puluh kerusi ada lah permainan propaganda pihak tertentu yang berpihak kepada Pakatan Harapan.
Ini demi bermain persepsi umum bahawa PH sangat kuat dan berpotensi menjadi kerajaan, namun hakikat nya tidak.
Tambah lagi andaian dibawa oleh Rafizi Ramli hampir sama pula dengan naratif yang dibawa oleh pihak2 peramal dan pihak yang membuat ‘survey’.
Sebenar nya tiada siapa pun tahu tangan siapa akan memangkah siapa.
Kembali kepada topik diatas, memang benar PAS akan rugi jika undi yang didapati nya tiada membawa faedah kepada mereka selain jika berkongsi dengan kumpulan yang menang yang mendapat lebih kerusi dan menjadi sebahagian dari seperti BN.